Tuesday, February 1, 2011

KENAPA KAPAL SELAM?

Gambar : Laman web TLDM

Hari ini aku publishkan gambar Kapal Selam milik Malaysia iaitu KD Tunku Abdul Rahman. Kenapa ye? Pasal aku telah diberikan tugas oleh Bos Besar untuk menyiapkan Kertas Cadangan Penubuhan Muzium Kapal Selam. Dalam syok buat kertas kerja ni, sempat juga aku buat satu entry ni.. Bukan apa, nak selang selikan sedikit, iklan lah katakan.. Puas nak cari maklumat pasal kapal selam ni.. Bukak laman web itu, bukak laman web ini.. Bagus juga ada internet ni, pencarian maklumat kini lebih mudah.

Tapi dalam pencarian maklumat tu, kita perlu juga menilai, samada maklumat itu benar atau sebaliknya. Sebaiknya, bagi tugasan formal, kita kena rujuklah pada laman web yang rasmi, atau yang benar-benar boleh dipercayai. Takut nanti dapat pulak maklumat palsu.

Nak diceritakan lagi, aku suka buat kerja macam ni. kalau diberikan tugas macamni secara tidak langsung aku akan mempelajari sesuatu. Kalau dulu aku tak tau sangat pasal kapal selam, kini adalah juga maklumat yang aku tahu pasal kapal selam ni. Kiranya orang tak boleh tipu aku pasal kapal selam.. :)





Sedikit maklumat ingin aku kongsikan. Malaysia kini mempunyai 2 buah kapal selam iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak. Terdapat juga sebuah kapal selam latihan iaitu Ouessant yang kini dicadangkan untuk dijadikan muzium memandang tempoh perkhidmatan kapal selam ini sudah lama dan sudah tidak praktikal serta kos yang tinggi untuk dibaik pulih.

Di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara ketiga yang mempunyai kapal selam selepas Singapura dan Indonesia. Kini Singapura mempunyai enam buah kapal selam, Indonesia dua buah dan Malaysia dua buah kapal selam.

HARGA PETROL NAIK LAGI DAN LAGI

Gambar : Uncle Google

Pada 1 Februari 2011, negara kita mencipta kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak RM 0.10 sen. ini menjadikan harga petrol RON 97 kini berharga RM 2.50 seliter. Dulu, pada 5 Januari 2011 RON 97 juga menghadapi kenaikan RM 0.10 sen seliter.

Nak komen banyak-banyak malaslah pulak pasal aku guna RON 95. Harap RON 95 tak dinaikan. Kalau naik juga, tak taulah nak cakap apa.





KISAH DI SEBALIK ARIEL PETERPAN DIJATUHKAN HUKUM

Gambar : Uncle Google

Sepertimana kita semua maklum, penyanyi tersohor Indonesia Ariel Peterpan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dengan hukuman penjara 3 tahun dan denda tidak kurang RM 80 ribu. Sekali tengok muka Ariel semasa perbicaraan dijalankan, nampak kasihan saja, tapi salah tetap salah. Pesalah harus dihukum.

Apa yang diharapkan agar pesalahlaku video pornografi seperti ini terus dihukum bagi memastikan tiada siapa lagi yang berani melakukan aksi yang terkutuk untuk ditayangkan sewenang-wenangnya di internet.

Begitu juga di Malaysia. Sekarang ni terlalu banyak aksi-aksi seksual remaja dan juga orang dewasa berbangsa Melayu yang terpapar di Internet dan telefon bimbit. Tak kisahlah samaada mereka sengaja atau tidak untuk menyebarkannya, tetapi mengapa tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa? Tidakkah kita tahu bahawa dengan membiarkan sahaja perkara ini berlaku, akan terus mengalakan perbuatan terkutuk ini berleluasa.





Harapan rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan berharap kerajaan membuat satu undang-undang sepertimana yang terdapat di Indonesia bagi membicarakan setiap kesalahan yang melibatkan video pornografi, gambar lucah dan aksi tidak senonoh untuk memastikan kes seperti ini dapat diatasi dan terus dibendung sehingga ke akar umbi.