Thursday, January 27, 2011

BERSIHKAH AIR DI RUMAH KITA?

Gambar Ehsan : asiaexplorer.com

Satu persoalan yang perlu kita jawab... Bersihkan air yang dibekalkan ke rumah kita? Di manakah asalnya air yang mengalir dari air paip di rumah kita?

Sungai... Inilah jawapannya. Sungai merupakan nadi utama yang menyalurkan bekalan air "bersih" ke rumah kita. Tetapi adakah ia benar-benar bersih? Atau sekadar bersih pada luaran tetapi dalamannya kotor dengan pelbagai bendasing.

Gambar : Makcik Google

Sekiranya sungai tercemar bagaimana? Tercemar dengan kotoran, dengan bangkai haiwan mahupun manusia, dengan najis dan pelbagai kotoran lagi. Memang benar sebelum air tersebut disalurkan ke rumah-rumah ia akan melalui proses rawatan air samaada dengan membunuh kuman, mencampurkan klorin dan sebagainya. Tetapi adakah ia akan menjadi bersih sebersih bersihnya? Menang benar pada zahirnya air itu bersih, tetapi pada batinnya adakah begitu juga?

Cakap tak guna, tikam tak kena kita fikirlah sama-sama...





ORANG PENDIAM LEBIH TERSIRAT


Bak kata pepatah, diam-diam ubi berisi. Apa yang berisinya tu? Erm.. Kalau manusia pendiam pula adakah mereka juga berisi? Ya, memang berisi, berisi dengan seribu satu persoalan yang tersirat.

Mengikut beberapa pengalaman dan pemerhatian yang telah lakukan, orang yang pendiam ini sebenarnya berani. Tetapi dia tak suka menunjukan keberanianya kerana di dalam dirinya ada suatu perasaan tidak mahu menonjolkan diri. Seperti orang-orang terdahulu, orang yang berilmu tidak mahu menunjukan ilmu yang ada di dalam diri, sebaliknya dia suka mendiamkan diri dan hanya menggunakan ilmu tersebut semasa saat yang betul-betul diperlukan.





Selain itu, orang yang pendiam ni juga ada yang pemarah atau panas baran. Dia tidak menunjukan sikap marah atau panas barannya itu kepada sesiapa sekiranya dia masih boleh menahan marah. Tetapi kalau sudah sampai ke tahap kemuncaknya, dia akan menunjukan sikapnya yang sebenar sehinggakan orang di sekelilingnya tidak menyangka dia bersikap demikian.

Orang pendiam juga adalah manja sebenarnya. Dia suka dirinya dibelai, dikasihi dan dipujuk rayu. Jadinya, kepada yang ada pasangan yang begini, belailah, kasihilah dan pujuk rayulah dia (dah kawin je, belum kawin jangan buat), kerana dia memang suka diperbuat sebegitu rupa.

Siapa yang rasanya diri dia pendiam tu ada betul tak aku cakap ni? Siapa sokong angkat kaki... :p

TENANGKAN DUN TENANG


VS

Setelah beberapa kali Pilihanraya Kecil telah diadakan, kini giliran Dun Tenang pula mengadakan pilihanraya berikutan kembalinya ADUN kawasan tersebut mengadap Illahi. Nampaknya terdapat pertandingan 2 penjuru, masing-masing dari BARISAN NASIONAL (BN) DAN PAS. BN mencalonkan wakil lelaki (Mohd Azahar Ibrahim) manakala PAS pula membuat percaturan dengan meletakan calon wanita (Normala Sudirman).

Kempen demi kempen sedang hebat diadakan di antara kedua pihak. Begitu juga dengan kempen di media elektronik terutama di internet di mana kedua-dua pihak parti memaksimumkan penggunaan internet untuk meyakinkan sokongan terhadap calon masing-masing dengan pelbagai cara samaada secara berhemah ataupun tidak.

Tidak terlepas juga dengan cara berkempen di tapak (DUN TENANG), pelbagai berita yang kurang menyenangkan dikhabarkan akibat daripada aktiviti kempen yang dijalankan. Dengan vendalismanya, dengan khianatnya, dengan fitnahnya dan pelbagai lagi. Tidak bolehkah sesuatu kempen dijalankan dengan cara berhemah? Bukan nak salahkan calon kedua-dua parti, tapi pengikut atau ahli parti yang lebih-lebih.





Memang tidak dinafikan, di negara manapun kalau mengadakan pilihanraya pasti ada berlaku perkara yang tidak menyenangkan, tetapi tidak bolehkah dalam sesuatu masa kita cuba berubah dengan melaksanakan kempen pilihanraya dengan tenang dan tenteram. Kita ini manusia, pastinya boleh berfikir mana yang betul dan mana tidak betul. Jangan ada sampai kita duduk berkelahi tapi ada yang tertawa dengan gelagat kita sudahlah.

Selepas ini semasa mengundi, di harap tiada perkara yang "pelik-pelik" berlaku. Biarlah semua pengundi di DUN tersebut keluar mengundi dengan tenang setenang namanya DUN TENANG.