Thursday, January 13, 2011

KEMBALIKAN SEKOLAH ALIRAN VOKASIONAL

Sekolah merupakan institusi pembelajaran bagi kanak-kanak di peringkat rendah dan menengah. Kalau dahulunya di sekolah menengah ada aliran vokasional, tetapi ia telah dimansuhkan. Kini, ada angin kuat mengatakan bahawa sekolah aliran vokasional akan diwujudkan semula.

Pada pendapat aku, baguslah kalau sekolah aliran vokasional ini diwujudkan semula kerana tidak semua pelajar mahu menjadi doktor, lawyer, guru dan lain-lain pekerjaan profesional. Kalau semua nak jadi golongan pekerja yang dinyatakan tadi, jadi siapa yang bakal bekerja sebagai tenaga mahir dalam sektor teknikal seperti mekanik, tukang mahir dan lain-lain pekerjaan melibatkan kemahiran teknikal.





Oleh yang demikian, kerajaan memang patut mewujudkan kembali sekolah aliran vokasional kerana ianya memang memberikan manfaat kepada perkembangan tenaga kerja mahir di masa hadapan.

Satu lagi, kita memang tak boleh paksa pelajar untuk belajar sesuatu yang mereka tidak gemar, berilah dia peluang untuk belajar tentang apa yang mereka cenderung.

Wednesday, January 12, 2011

10 JUTA HARGA PERPINDAHAN MOHD SAFEE SALI?

Gambar : Cucu Google

Percaya atau tidak, kini Mohd Safee Sali penyerang berbisa Malaysia menjadi rebutan kira-kira 3 pasukan yang beraksi di Liga Super Indonesia. Mungkin inilah masa untuk pemain Malaysia menimba ilmu di negara luar dan menunjukan bakat yang sebenar.

Tapi apakah benar Safee Sali berharga 10 juta? Alangkah baiknya kalau begitu. Alangkah baiknya pemain-pemain dari Malaysia dibida-bida sepertimana bidaan yang diterima oleh pemain-pemain dari Eropah di musim perpindahan.





Tapi tak mungkin Safee Sali berharga RM10 juta, tetapi kemungkinan dibida dengan harga 10 juta Rupiah. Takpe Safee Sali, kalau benar 10 juta rupiah, mungkin lain kali boleh jadi RM10 juta pulak.. Kerja kena kuat sedikitlah.

Kepada pemain-pemain bolasepak negeri mahupun kebangsaan, taknak ke jadi seperti pemain-pemain Eropah? Gaji besar, kereta besar, rumah besar, semuanya besar Tanamkan azam ingin berjaya, mesti boleh. Pokok pangkalnya diri sendiri kena berubah untuk lebih maju. Nak lebih, usaha pun kenalah lebih.

Oklah, akhir kata... Malaysia Boleh.

Tuesday, January 11, 2011

MELAKA HARI INI


Negeri Melaka merupakan antara negeri yang menerbitkan akhbar hariannya setiap hari. Akhbar ini dijual di Melaka sahaja (setahu aku negeri lain tiada). Sebagai berkongsi berita di negeri Melaka, aku linkan akhbar ini versi digital untuk tatapan dan bacaan semua.





Klik ---> Melaka Hari Ini