Tuesday, January 11, 2011

LIONEL MESSI DINOBAT PERMAIN TERBAIK FIFA 2010

Gambar : Ehsan Berita Harian Online

Nampaknya sekali lagi pemain Barcelona FC dan Argentina, Lionel Messi telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 2010 yang telah diadakan di Zurich awal pagi tadi.





Messi dilihat sebagai pemain yang serba boleh dan sangat merbahaya di bahagian serangan. Oleh itu, tidak syak lagi bahawa beliau memang layak untuk menerima trofi tersebut.

Tahniahlah Messi, walaupun aku ni peminat Manchester United FC, namun aku juga minat dengan Barcelona FC. Cayalah...

Monday, January 10, 2011

ARTIS BERKELAKUAN LUCAH, APA TINDAKAN PIHAK BERKUASA?

Artis adalah suatu ikon yang disanjung oleh peminat. Artis seharusnya seseorang yang "bersih" dan boleh dijadikan contoh. Tetapi pada zaman sekarang yang serba moden ini, ada sebilangan artis menggunakan kemudahan teknologi untuk menayangkan aksi lucah masing-masing samaada secara sengaja mahupun tidak sengaja. Namun, apakah tindakan pihak berkuasa?

Kalau di Indonesia, penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel telah menghadapi tuduhan melakukan aksi ranjang dan sedang dipenjarakan, maka apa bezanya terhadap artis Malaysia yang melakukan aksi yang serupa, samaada melalui foto mahupun video.





Adakah artis Malaysia ini kebal dengan undang-undang? Atau tiada bentuk perundangan yang boleh menarik mereka ke muka pengadilan? Di sini pihak berkuasa perlu lebih adil dalam melaksanakan tugas. Memang jelas lagi bersuluh seseorang artis melakukan kesalahan berbentuk "seksual" yang turut tersebar di laman-laman web, namun mengapa mereka dilepaskan begitu sahaja. Bukankah bukti sudah terang lagi nyata?

Sekiranya tiada nas undang-undang yang boleh mengheret mereka yang bersalah ini ke muka pengadilan, apa kata digubal satu undang-undang bagi membolehkan mereka diadili dengan sewajarnya. Bukan untuk menganiaya mereka, tetapi sekadar ingin mencegah agar perbuatan terkutuk seperti ini tidak terus berleluasa dan menjadi ikutan kepada generasi ke generasi. Dan untuk memastikan setiap kesalahan perlu dihukum, samaada sengaja mahupun tidak sengaja, ia perlu dipertimbangkan oleh mahkamah dan bukannya terlepas begitu sahaja.

Berkenaan tersebarnya clip-clip video seks bangsa Melayu yang turut tersebar di laman-laman web, apakah tindakan pihak berkuasa? Takkan hanya sekadar memadamkan laman web tersebut, tetapi si pelaku tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Harapan aku dan mungkin kebanyakan masyarakat tidak mahu aksi-aksi kelucahan ini terus berleluasa tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa. Semoga pihak berkuasa lebih prihatin dan terus bertindak untuk memastikan penyebaran video lucah dan gambar lucah di internet dapat dibasmi dan diambil tindakan kehakiman demi untuk menjaga tatasusila dan menjaga agama kita.

JPJ PERKENALKAN SISTEM BORANG ADUAN KEPADA PENUMPANG BAS

Kemalangan-kemalangan maut yang melibatkan bas yang kerap berlaku baru-baru ini telah membuatkan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan satu kaedah di mana setiap penumpang bas dikehendaki mengisikan borang aduan bagi memastikan setiap perjalanan dengan menggunakan bas dalam keadaan selamat.

Disini aku ingin menyokong tindakan pihak JPJ yang melaksanakan tindakan seperti ini. Namun setiap kaedah yang diperkenalkan semestinya ada baik dan buruknya. Jadinya, dalam memperkenalkan sistem borang aduan ini, pihak JPJ seharusnya melaksanakan ia dengan bersungguh-sungguh dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.





Antara kebaikan yang boleh diperolehi dalam sistem ini semestinya dapat membantu pihak berkuasa mengenalpasti pemandu-pemandu yang memandu secara merbahaya, dapat meningkat mutu keselamatan penumpang dan sebagainya. Dengan ini kemalangan melibatkan bas dapat dikurangkan atau terus dapat diatasi.

Keburukannya pula ialah berkemungkinan penumpang tidak atau gagal memberikan aduan yang sepatutnya atau sekadar menipu maklumat yang diberikan. Yang akan teraniaya ialah pemandu dan syarikat bas terbabit. Mungkin juga kaedah ini sendiri tidak dapat kerjasama daripada setiap penumpang sama ada mereka malas untuk menulis atau sengaja tidak memberikan kerjasama.

Setiap kaedah atau pelaksanaan sesuatu sistem ada pro dan kontranya. Oleh itu, pihak yang berkaitan adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap kaedah dilaksanakan dengan baik dan sempurna tanpa gagal bagi memastikan objektif pelaksanaan dicapai dengan jayanya.