Monday, January 10, 2011

TUKARKAN MASALAH KEPADA SESUATU YANG POSITIF

Semua orang ada masalah. Masalah merupakan sesuatu yang perlu dihindari, kerana masalah itu boleh membawa kepada stress (tekanan), punca kemarahan, emosi dan akan membawa kepada penyakit dalaman seperti sakit jantung, hati dan sebagainya.

Oleh itu, kita kenalah pandai mengubah sesuatu masalah kepada sesuatu yang positif. Di mana ia akan membuatkan kita tenang dan sentiasa bersemangat.

Dalam pemerhatian peribadi aku, bolehlah kiranya kalau kita tukarkan masalah berikut kepada sesuatu yang positif:

Masalah kewangan
- Cuba berjimat cermat. Jangan menambahkan hutang dan merancang kewangan.

Masalah kesesakan jalan
- Cuba mendekati keluarga dengan berbual mesra dengan isteri dan anak ketika didalam kereta.





Masalah kerja
- Mendapatkan tunjuk nasihat daripada mereka yang pakar dan membuat kerja dengan tertib dan teratur mengikut bolehan diri sendiri.

Masalah keluarga
- Cuba tenangkan fikiran dan kenang kembali detik dan saat bahagia bersama.

Masalah emosi marah
- Cuba tarik nafas dalam-dalam dan kerap beristighfar.

Masalah belajar
- Cuba duduk dan dengar ajaran guru / pensyarah dengan tekun, rasakan keseronokan belajar dan tanamkan semangat ingin berjaya.

Masalah dengan ibu bapa
- Cuba kenangkan kembali bagaimana susah payahnya ibu bapa membesarkan kita dan kerap membayangkan wajah ibu bapa.

Memang terdapat banyak masalah, tetapi hanya ini saja yang dapat aku gariskan melalui pengalaman, pembacaan, pemerhatian dan sebagainya. Semoga kita sama-sama dapat mengatasi masalah dan membawa masalah itu kepada sesuatu yang lebih baik.

240 JAM KERJA KHIDMAT MASYARAKAT INGKAR PLKN

Program Latihan Khidmat Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 2003 lagi. Rupa-rupanya ada juga bakal pelatih yang ingkar dengan tidak menghadiri program ini. Kenapa susah sangat hendak patuh kepada arahan Kerajaan?





Kalau dilihat negara jiran Singapura, mereka telah berjaya melaksanakan "National Service" (NS) sejak sekian lama. Mereka ini lagilah pula, bukan setakat latihan sahaja, malahan perlu melaksanakan tugasan sepertimana tugasan yang sebenar termasuklah menjadi anggota polis, bomba dan sebagainya. Tetapi kita di Malaysia hanya memerlukan pelatih menjalani latihanpun susah sangat.

Kalau dulu Kerajaan menetapkan denda dalam bentuk denda wang atau penjara kepada pelatih yang ingkar, tetapi kini kerajaan lebih prihatin dengan mengubah denda tersebut dengan kaedah mengenakan khidmat masyarakat. Nasib baiklah juga, kalau tidak, aniaya saja lepasan-lepasan SPM kena denda atau dipenjarakan.

Bagi mereka yang tersenarai ke PLKN tu haraplah dapat beri kerjasama. Apalah susah sangat mahu patuh pada arahan. Macamanalah nanti kalau nak bekerja dengan Kerajaan kalau tak boleh patuh arahan. Janganlah jadikan keprihatinan atau kelembutan Kerajaan dalam kes ini untuk tidak menyertai PLKN.

ANUGERAH JUARA LAGU ATAU JUARA PERSEMBAHAN?

Tengok tak Anugerah Juara Lagu Ke 25 (AJL25) malam tadi? Artis-artis yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Nyanyian yang hebat, persembahan pun hebat-hebat juga.

Namun apa yang menjadi masalah kepada aku ialah, ini juara lagu ke atau juara persembahan? Macam-macam persembahan yang terlalu berat hingga nampak sarat mata memandang. Ada yang dengan silap matanya, ada yang terbang, ada yang berlakon, berpuisi dan macam-macam lagilah sampai tak tahu nak dengar nyanyian ke atau nak lihat persembahan.





Bukan tahun ni saja, tahun-tahun yang lepas juga sama sahaja. Aku rasa lebih baik TV3 memansuhkan kategori persembahan terbaik kerana kebanyakan mereka lebih terfokus kepada persembahan berbanding nyanyian. Adalah lebih baik anugerah seperti ini menitikberatkan nyanyian, lagu dan bukannya persembahan. Kalau nak buat persembahan, elok dilakukan pada konsert sendiri.