Monday, December 27, 2010

BOLA SEPAK MALAYSIA DALAM KELAS DUNIA

Gembira rasanya hati apabila melihat Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia. Lebih gembira lagi apabila melihatkan permainan pemain Malaysia banyak berubah. Corak persembahan yang amat menarik. Persembahan yang boleh dikatakan sebagai "world class". Gol-gol yang dijaringkan pula memang "top class".

Harap lepas ini, momentom permainan seperti ini dapat kekalkan dan terus ditingkatkan. Bangga melihat pemain Malaysia, rata-rata umurnya masih muda tetapi mampu menghasilkan permainan yang amat menarik.





Kalaulah dari dulu Malaysia bermain seperti ini, sudah tentu ranking Malaysia dalam bola sepak tak seteruk kini. Aku amat positif dengan pemain-pemain sekarang, mereka boleh pergi jauh. Mereka hanya perlu diasah lagi supaya tajam. Manalah tahu kalau satu hari nanti Malaysia boleh layak ke Piala Dunia, pasti "nang" lah.. Go Malaysia. Malaysia Boleh...

JANJI HARUS DITUNAIKAN

Kalau kita sudah berjanji, kenalah tunaikan. Kerana bak kata pepatah lembu dipegang pada tali, manusia pula dipegang pada janji. Kalau kita tak tunaikan janji, kita akan sukar dipercayai lagi. Iyalah.., mana boleh mempercayai orang yang tak tunai janji, dia yang berjanji, dia juga yang memungkiri janji. Kita yang menunggu orang untuk tunaikan janji ni bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba. Huh, memang tak boleh dipercayai.

Kalau kita memang tak dapat menunaikan janji, apa kata beritahu kepada orang yang kita berjanji bahawa kita tak dapat tunaikan janji. Kalau macamtu, tak apalah, boleh diterima. Ini tidak, dahlah tak tunaikan janji. Dia duk diam saja. Tak tahu sebarang perkhabaran. Ditelefon tak diangkat, dimesej tidak dijawab. Apa dia ingat kita ni tunggul ke ape?





Rasanya cukuplah membuat perjanjian dengan orang yang suka memungkiri janji. Tak nak pisang berbuah dua kali. Kalau pisang berbuah dua kali, tu dah kira kejadian peliklah tu.

Moral of the story, marilah kita menunaikan janji. Jangan biarkan orang yang berjanji dengan kita tertunggu-tunggu tentang apa yang kita janjikan.

MELAWAT KE MELAKA

Di Melaka hujung tahun ni penuh sesak dengan kenderaan berpusu-pusu masuk ke Melaka. Bayangkanlah, dari pintu masuk dari lebuhraya Simpang Ampat dan Ayer Keroh sudah sesak akibat banyaknya kenderaan yang ingin memasuki Melaka. Destinasinya, apa lagi kalau bukan ke Bandar Hilir. Kawasan yang banyak terdapat bangunan bersejarah, pusat membeli belah dan kawasan pelancongan.

Bagi sesiapa yang ingin melawat Melaka aku ingin sarankan beberapa kawasan tarikan pelancong yang boleh dilawati mengikut ketegori.

Sejarah / Warisan :

1. Muzium (ada 23 muzium dan 5 galeri)
2. Kota A' Famosa
3. Bukit St. Paul
4. Bangunan Merah (Studhuys)
5. Jonker Street (Jonker Walk)
6. Perigi Hang Tuah
7. Makan Hang Tuah / Hang Jebat
8. Masjid Kampung Hulu / Kampung Keling
9. Bukit St. John (Bukit Senjuang)
10. Rumah Api Tanjung Tuan
11. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
12. Rumah-rumah tradisional (Pengkalan Batu / Bukit Sebukor / Merlimau
13. Bastion Middleburg

Taman / Zoo / Taman Tema Air





1. Melaka Wonderland (Ayer Keroh)
2. A' Famosa Water World (Alor Gajah)
3. Taman Buaya
4. Taman Mini Malaysia
5. Taman Rama-rama
6. Air Panas Gadek
7. Air Panas Bemban

Taman Bunga / Buah-Buahan

1. Taman Botanikal
2. Taman Seribu Bunga
3. Melaka Tropical Fruit Farm
4. Dusun De Paradise

Reakrasi / Hiburan Keluarga

1. Menara Taming Sari
2. Melaka River Cruise
3. Eye On Melaka dan Pirate Park
4. Melaka Monorel
5. Tasik Ayer Keroh
6. Melaka International Bowling Centre
7. Planetrium Melaka
8. Beca Melaka
9. Kereta Lembu Melaka

Pantai

1. Pantai Puteri
2. Pantai Klebang
3. Pantai Tanjung Bidara
4. Pantai Pengkalan Balak

Hotel

1. Hotel Majestic
2. Hotel Renaissance
3. Hotel Equatorial
4. Hotel Holiday Inn
5. Hotel Seri Costa
6. Hotel Naza Talya

Pusat Membeli Belah

1. Mahkota Parade
2. Dataran Pahlawan Melaka Megamall
3. Mydin
4. Tesco
5. Giant
6. Jusco

Makan-Makan

1. Ikan Bakar Umbai / Alai / Serkam
2. Asam Pedas Pasar Borong / Taman Kota Laksamana / Bukit Cina
3. Satay Celup Capitol

Ni lah yang dapat aku berikan. Sebenarnya banyak lagi dan tak mampu aku nak beritahu. Bak kata orang dekat Melaka ni, mana-mana pun best-best belaka.

Satu lagi, kalau nak pergi Bandar Hilir, pada hujung minggu memang tersangatlah sesak. Jadinya, kalau korang pandai, sebenarnya banyak jalan yang menuju dan menghubungkan ke Bandar Hilir. Kalau semua tidak hanya menggunakan satu jalan, ia mampu mengurangkan kesesakan jalan raya di Bandar Hilir.

So, marilah melawat Melaka kerana Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia.