Monday, December 27, 2010

PERKARA YANG DIKATAKAN YA SEMASA TEMUDUGA DAN TIDAK SELEPAS DAPAT KERJA

Kalau semasa temuduga untuk mendapatkan pekerjaan, sudah pasti kita menyatakan boleh membuat itu ini. Sebaliknya selepas mendapat kerja, kita mula lupa apa yang kita janjikan semasa ditemuduga dahulu. Antara yang kita mungkiri ialah :

1. Berpindah Lokasi

Masa temuduga - "Boleh.. Sabah, Sarawak pun saya sanggup."

Selepas mendapat kerja - "Saya dah kahwin, takkan nak duduk jauh-jauh dari suami." / "Saya tak mahu ke kawasan pedalaman."

2. Buat Kerja

Masa temuduga - "Saya berkebolehan membuat pelbagai tugas."

Selepas mendapat kerja - "Eh, itu bukan tugas saya. Saya buat tugas saya saja" (padahal dalam senarai tugas ada menyatakan "tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa")

3. Tepati Masa

Semasa temuduga - "Saya seorang yang pentingkan masa dan saya amat menepati masa."

Selepas mendapat kerja - Datang kerja lewat, ada minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Huh, macam-macam makan ada…





4. Integriti

Semasa temuduga - "Saya seorang yang berintegriti. Saya bencikan rasuah."

Selepas mendapat kerja - "Encik, susah nak luluskan projek ni, kalau ada duit kopi senanglah sikit." / "Encik beri sebutharga, nanti saya adjustkan" / "Bro.. Nanti tolong punchkan kad aku.." / "Hello taukey, bagi resit kosong satu."

5. Bos

Semasa temuduga - "Saya seorang yang sangat meenghormati ketua."

Selepas mendapat kerja - "Kau tahu tak bos kita kan pet pot pet pot..." / "macam #*'!?* bos kita tu..."

Moral dari apa yang aku tulis ini... Eh, kita pikirlah sama-sama..

PERNIAGAAN CEPAT KAYA ATAU CEPAT MISKIN

Sekarang ni macam-macam bentuk perniagaan yang dilihat mahu mempercepatkan ahli-ahlinya cepat kaya. Tak kiralah MLM, Business Network, Wang Pos, Sistem Kutu, Pak Man Telo, Skim Cepat Kaya dan sebagainya. Tapi, betulkah boleh cepat kaya? Kata orang kalau betul menjadi memang kayalah, tapi yang tak menjadi, sah-sah menjadi kayap.





Aku sendiri berpengalaman dalam skim-skim atau perniagaan-perniagaan macam ni. Dah lali. Kadang-kadang memang nak sangat join, tapi kita kenalah ukur baju di badan sendiri. Mampukah kita menjadi seperti mereka yang menayangkan kereta dan rumah besar? Mampukah kita untuk keluar tiap-tiap malam untuk mencari prospek? Sampai bila nak jadi macam tu? Pencen muda? Gunung kalau ditarahpun akan jadi jadi rata.

Ingat, tiada kerja yang mudah. Kalau betul-betul nak cepat kaya, sebenarnya tugasnya juga amatlah berat. Bukan kita join dan duduk diam sahaja. Memang tak menjadilah jawabnya. Kesian aku tengok pada yang join benda macam ni yang membuat keputusan untuk berhenti kerja (sama ada memang kaya ataupun mahu menunjukan dia boleh survive dengan perniagaan seperti ni), last-last terpaksa mencari kerja semula akibat benda yang diceburi tu telungkup ataupun tak menerima income lagi.

Nak masuk perniagaan yang macam ini modalnya sudah tentu besar dan sememangnya memerlukan kita mencari orang bawah (downline), supaya kita juga menerima komisen apabila dia join. Kalau downline kita mati kat situ saja, kita pun matilah sama. Kaya sekejab sajalah jawabnya.
Nasihat aku sebagai pemerhati dalam bidang ini :

1. Kalau tak ramai kenalan, jangan join.

2. Kalau tak mampu tidur hingga lewat malam, jangan join.

3. Kalau tak berani tanggung risiko, jangan join.

4. Kalau takde duit, jangan join.

5. Kalau tak pandai bercakap atau malu, jangan join.

6. Kalau selalu tak ada masa, jangan join.

Dan satu lagi nasihat, kalau ada duit lebih tu, apa kata ceburi perniagaan yang kita "nampak", seperti buka kedai runcit ke, car wash ke, kedai membaiki motorsikal ke, kedai makan ke, dan apa-apa perniagaan yang "nampak" lagi.

Ps : Bukan semua perniagaan terlibat seperti dinyatakan di atas.

Saturday, December 25, 2010

SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2010

Rancangan Realiti Terbaik:
Showdown 2010 (8TV)

Lakon Layar Terbaik Filem:
Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik:
Simpang 3 (TV3)

Lakon TV Terbaik:
Antara Garisan (Astro)

Rancangan Hiburan Terbaik:
ABP 2009 (TV9)





Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama:
Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama:
Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem:
Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem:
Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Bual Bicara Terbaik:
Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)

Laporan Khas/ Berita Terbaik:
Aduan Rakyat (TV3)

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik:
Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)

Videografi Terbaik:
Datang Bulan (Astro)

Pelakon Wanita Terbaik Filem:
Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem:
Bront Palarae (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama:
Nor Khiriah (Antara Garisan)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama:
Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem:
Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pengarah Drama Terbaik:
Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik:
AJL 24 (TV3)

Anugerah Khas Juri:
Shaheizy Sam

Drama Rantai Terbaik:
Nur Kasih (TV3)

Filem Terbaik:
Muallaf

Drama Terbaik:
Antara Garisan (Astro)