Monday, October 11, 2010

KENALI P. RAMLEE

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (1929-1973) adalah seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemuzik dan pengubah lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Nama sebenar : Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
Nama pentas : P. Ramlee (bermula 1947)
Tarikh lahir : 22 Mac 1929
Tempat lahir : 4DA Counter Hall, Penang, Malaysia
Nama bapa : Teuku Nyak Puteh Teuku Karim
Nama ibu : Che Mah Hussein

P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Francis Light School. Beliau juga pernah bersekolah di Penang Free School sebelum perang meletus dan juga di Japanese Navy School ketika Perang Dunia ke-2.

P. Ramlee memulakan kerjaya seninya dengan bermain ukeie dan beralih kepada gitar serta biola dengan bimbingan pemimpin Brass Band Penang Free School yang dikenali sebagai Kamaruddin.

Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada 1947. Beliau juga terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya.

P. Ramlee telah menubuhkan sebuah pancaragam bersama sahabat beliau, Mohd Yusop yang bernama Pancharagam Mustika. Beliau telah diundang menyanyi di Bukit Mertajam dan bermula dari situ beliau telah ditawarkan untuk mencuba nasib dalam lakonan oleh pengarah yang menetap di Singapura, B.S. Rahjans.

Lalu, P. Ramlee berhijrah ke Singapura dan filem pertama lakonannya adalah Chinta pada 1948. Beliau telah memegang watak sebagai penjahat dan juga sebagai penyanyi latar untuk filem itu.

Beliau meneruskan kerjaya dengan berlakon dalam 27 filem di antara 1948 dan 1955.

P. Ramlee mempunyai ramai sahabat seperjuangan, antaranya Ahmad Nesfu, seorang bangsawan. Ahmad Nesfu mula berlakon bersama P. Ramlee menerusi filem Seniman Bujang Lapok.

Aziz Satar juga merupakan sahabat sezaman P. Ramlee yang mulanya berlakon secara sambilan dan seterusnya beraksi bersama P. Ramlee menerusi filem Bujang Lapok. Turut membintangi filem itu ialah S. Shamsuddin yang mempunyai kebolehan meniru suara dan mempunyai gerak badan lincah ketika berlakon.

Antara sahabat P. Ramlee yang sezamannya ialah Jamil Sulong, Nordin Ahmad, Normadiah, Sarimah, S. Sudarmadji dan ramai lagi.

ANTARA PETIKAN DIALOG

Filem Nujum Pak Belalang

Bapak : Belalang! Kau buatkan bapak secawan kopi Belalang.
Belalang : Kopi? Kopi mana ada pak.. Dah berapa tahun kita tak minum kopi..
Bapak : Ehh.. Engkau tumbuklah arang-arang dekat dapur tu Belalang.. Kemudian engkau bancuh dengan air sejuk.. Asal hitam macam kopi jadilaahh..

Filem Labu dan Labi

Pak Aji : Mana surat khabar aku ni.. Labiii..
Labi : Ya encikk.. Kereta dah siap..
Pak Aji : Aku tak mau keretalah..
Labi : Kalau encik tak mau kereta.. Nanti saya bawakan lori..

Filem Seniman Bujang Lapok

Sudin : Wak, lain kali kalau kita orang minum kat sini janganlah minta duit.. Kira saja tak bolehkah?
Wak : Kira saja ya? Ini kedai kopi kau ingat bapak engkau pusingkan aku yer?
Sudin : Bapak Wak jangan sebut yee!! Main-main kasar.. Sekali aku cekik.. Gigi Wak mana..? Pergi bikin la..

Filem Seniman Bujang Lapok

Sudin : Makcik.. Makcik..!! Encik.. Encik ni cakap Pak Mat.. Wroooo.. Kelepok.. Kecepar.. Pon pon pon.. Berlanggar!!! Motokar..
Makcik : Pak Mat kau selalu begitu.. Naik basikal.. Tak pernah naik motokar.
Sudin : (nada geram) Pak Mat Tempe berlanggar dengan motokarrrrr!!!





JOM BELAJAR CAKAP MANDARIN

Dulu masa belajar di UiTM Shah Alam pelajar Degree wajib ambil subjek Bahasa Ketiga selama 3 semester. Dalam pemikiran, aku nak belajar Bahasa Mandarin, tapi akibat daripada kelas Bahasa Mandarin asyik penuh sahaja dan untuk tidak melewatkan masa (sebab masa tu dah semester 4) aku terpaksa memilih Bahasa Jepun.





Aku memang nak sangat belajar Bahasa Mandarin sebab di persekitaran kita ramai kaum Cina yang berbahasa Mandarin, ingatkan nanti bolehlah aku speaking dengan kaum Cina. Tapi apa boleh buat tiada rezeki nak belajar bahasa tu.

Tapi tak mengapa, aku boleh belajar sedikit-sedikit Bahasa Mandarin ni seperti apa yang aku nak kongsi dengan anda semua :




Saya - Wo
Awak - Ni
Mereka - Tamen
Kami - Women
Selamat pagi - Zao an
Selamat tengah hari - Xiawu hao
Apa khabar - Ni hao ma
Terima kasih - Xiexie
Nama saya Fahim - Wo de mingzi shi Fahim
Apa nama awak? - Ni jiao shenme mingzi?
Berapa umur awak? - Ni jin nian duo da?
Umur saya 2 tahun - Wo jin nian 2 shui
Mahu pergi ke mana? - Ni Yao qu nali?
Awak datang dari mana? - Ni shi nali ren?
Awak sudah makan? - Ni yao chifan ma?
Berapakah harganya? - Jiage duoshao?
Selamat tinggal - Zaijian
Saya cinta awak - Wo ai ni
Saya minta maaf - Duibuqi
Jangan tipu saya - Bu yao plan wo
Betul - Dui

Semoga kita sama-sama dapat sedikit pelajaran pada hari ini. Selamat beramal.

Saturday, October 9, 2010

AKU SUDAH KENAL SIAPA MAHER ZAIN SEBENARNYA


Siapa Maher Zain? Aku tak ambil peduli sangat. Aku sangkakan dia personaliti dari Amerika. Penyanyi rap atau pelakon. Tapi sebenarnya penyanyi baru (warga negara Sweden kelahiran Lubnan) yang mula menapak di bumi Malaysia dengan membawa konsep lagu-lagu ketuhanan (Islam). Aku tak pernah pun tengok dan dengar lagu dia, tapi hits engin carian atas nama dia di talian internet amat tinggi. Lepas membaca Harian Metro pada hari Jumaat lepas barulah aku tahu siapakah Maher Zain sebenarnya.

Bagus rasanya ada ramai peminat lagu-lagu ketuhanan seperti ini mencari maklumat / lagu beliau di internet, sehinggakan lebih 2 juta pengunjung telah melayari klip videonya di lama web TouTube. Maksudnya di sini, lagu yang memuji-muji tuhan dan memberikan pengajaran masih diterima oleh masyarakat kini. Tapi tak pastilah, orang melayari klip video dia untuk mendengar lagunya ataupun melihar wajahnya. (muka dia ni kira macholah juga)

Di sini aku selitkan sedikit profil artis ini untuk makluman semua :

Nama sebenar : Maher Zain (bukan Anuar Zain ek)
Tarikh lahir : 1982 (tarikh rahsia)
Tempat lahir : Lubnan (atau Lebanon)
Umur : 28 tahun (muda aku setahun)
Status : Berkahwin (bini dia bukan Siti Nurhaliza ek)
Kerjaya : Penyanyi, pemuzik (dan bukan pelawak)
Genre : R&B, Soul, World Music, Akustik (dangdut je bukan)
Label : Awakening Records (eh, macam Awie Records pulak)
Album : Thank You Allah (2009)
Pencapaian : Lagu keagamaan terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesyen radio terbesar Mesir)