Saturday, October 9, 2010

AKU SUDAH KENAL SIAPA MAHER ZAIN SEBENARNYA


Siapa Maher Zain? Aku tak ambil peduli sangat. Aku sangkakan dia personaliti dari Amerika. Penyanyi rap atau pelakon. Tapi sebenarnya penyanyi baru (warga negara Sweden kelahiran Lubnan) yang mula menapak di bumi Malaysia dengan membawa konsep lagu-lagu ketuhanan (Islam). Aku tak pernah pun tengok dan dengar lagu dia, tapi hits engin carian atas nama dia di talian internet amat tinggi. Lepas membaca Harian Metro pada hari Jumaat lepas barulah aku tahu siapakah Maher Zain sebenarnya.

Bagus rasanya ada ramai peminat lagu-lagu ketuhanan seperti ini mencari maklumat / lagu beliau di internet, sehinggakan lebih 2 juta pengunjung telah melayari klip videonya di lama web TouTube. Maksudnya di sini, lagu yang memuji-muji tuhan dan memberikan pengajaran masih diterima oleh masyarakat kini. Tapi tak pastilah, orang melayari klip video dia untuk mendengar lagunya ataupun melihar wajahnya. (muka dia ni kira macholah juga)

Di sini aku selitkan sedikit profil artis ini untuk makluman semua :

Nama sebenar : Maher Zain (bukan Anuar Zain ek)
Tarikh lahir : 1982 (tarikh rahsia)
Tempat lahir : Lubnan (atau Lebanon)
Umur : 28 tahun (muda aku setahun)
Status : Berkahwin (bini dia bukan Siti Nurhaliza ek)
Kerjaya : Penyanyi, pemuzik (dan bukan pelawak)
Genre : R&B, Soul, World Music, Akustik (dangdut je bukan)
Label : Awakening Records (eh, macam Awie Records pulak)
Album : Thank You Allah (2009)
Pencapaian : Lagu keagamaan terbaik 2009 (Ya Nabi Salam Alayka) dari Nujoom FM (stesyen radio terbesar Mesir)





Friday, October 8, 2010

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Tujuh Wasiat Raja- Raja Melayu itu berbunyi :

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera :

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kami, selain gunung- ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah lima puluh peratus, selebihnya rebutlah bersama kaum- kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu, selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum- kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).




KERETA KONSEP PROTON HIBRID

Inilah rupanya kereta konsep Proton hibrid (Proton Emas)yang telah dipamerkan di Geneva Motor Show dan baru dipaparkan di berita baru-baru ini. Agak-agaknya bila lah dia mahu masuk ke pasaran. Boleh tahan juga design dia. Siapa nak beli? Angkat tangan....