Monday, October 4, 2010

HINDARI AEDES CEGAHI DENGGI

Penyakit Demam Denggi sangat serius menular dalam masyarakat kita sekarang, lebih-lebih lagi di kawasan bandar dan kawasan perumahan. Ini berlaku kerana terdapatnya bekas-bekas takungan air yang membolehkan nyamuk Aedes membiak. Dengan adanya bekas takungan untuk Aedes membiak, ia akan menjadikan sesuatu kawasan itu akan terdedah dengan Demam Denggi akibat gigitan nyamuk tersebut.


Pelbagai-bagai langkah yang diambil oleh pihak kerajaan mahupun swasta untuk mengatasi masalah ini. Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sering mengambil tindakan menyembur asap apabila sesuatu kawasan dikesan mempunyai aduan Demam Denggi. Adakah kaedah ini berkesan, sedangkan jangkitan telah berlaku lalu langkah mencegah baru diambil? Tindakan ini dilihat ada kewajarannya, tetapi langkah awal seharusnya diambil oleh setiap penduduk di sesuatu kawasan itu sendiri.


Apa penduduk perlu lakukan? Selaku penduduk atau penghuni di suatu kawasan, kita hendaklah memastikan persekitaran kita bersih dan bebas dari ancaman nyamuk Denggi. Ini boleh dilakukan dengan membuang atau menutup segala bekas yang boleh menakung air bagi mengelakan nyamuk Aedes membiak. Kawasan-kawasan takungan air yang biasanya terdapat di dalam dan persekitaran rumah ialah alas pasu bunga, kolah mandi, longkang, tin kosong, bekas plastik, tayar dan sebagainya. Seeloknya bekas-bekas ini dibersihkan atau dibuang sekiranya tidak diperlukan.


Nyamuk Aedes ini tidak mengira siapa mangsanya, sesiapa saja yang hampir dengannya pasti digigit dan menyebabkan seseorang itu akan mengalami Demam Denggi yang berkemungkinan membawa maut.


Statistik Demam Denggi yang membawa maut di dalam negara kita ini begitu tinggi juga. Saban tahun ada sahaja mangsanya samada dapat dirawat ataupun maut yang menanti. Justeru itu, marilah bersama-sama memastikan persekitaran rumah kita sentiasa bersih dan bebas dari nyamuk Aedes.



Friday, October 1, 2010

MY SON AND VINTAGE CAR









RASA NAK GILA MENJADI BLOGGER


Entah kenapa sekarang ni aku dah naik gila dalam dunia blog ni. Hari-hari mahu mengadap PC untuk layari blog, sama ada untuk membuat posting atau sekadar melayari blog orang lain. Jadi leka pula aku dengan dunia blog ni. Bukan apa, suka sangat tengok graf turun naik pelawat yang masuk dalam blog aku.


Tapi masa aku hanya terhad di pejabat sahaja (terutama waktu rehat) kerana aku tak punyai PC di rumah. Kalau ada PC di rumah, bolehlah aku melayari blog sampai puas. Biasanya aku akan mencari idea di rumah, kemudian aku taip entry tersebut di telefon bimbit Nokia E71 selepas itu, esoknya pagi-pagi datang pejabat, aku upload ke blog aku. Susah betul takde PC sendiri ni.


Sekarang ni aku dah fikir nak beli laptop dan broadband untuk membolehkan aku blogwalking di rumah. Erm.. Mana nak cekau duit ni, raya dah banyak habis duit, nuffnang punya income pun tak berapa sangat :)


Wahai bloggers dan nuffnanggers, boleh tak recommentkan laptop apa yang sesuai dan baik serta broadband mana yang tiada masalah. Dengar cerita ada broadband yang paling baik kan? Aku ni buta IT skit, baru merangkak-rangkak belajar. Barangkali selepas aku dapat beli laptop, mungkin tahap kegilaan aku reda sikit kot. Hope to hear from u soon...