Friday, September 17, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA


Rasanya masih belum terlewat aku mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA kepada semua. Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan yang menyedari kepentingan menyambut Hari Malaysia dan memberikan cuti umum pada seluruh negara untuk rakyat sama-sama menyambut hari yang bersejarah ini. Walaupun pada hari tersebut aku terpaksa hadir bertugas separuh hari kerana ada program di jalankan.

Kita seharusnya bersyukur kerana dapat hidup di dalam negara yang aman dan harmoni yang diwarnai dengan pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama. Kita dapat hidup tanpa rasa gusar akan ancaman-ancaman perkauman, kita masih boleh duduk semeja, berborak, ketawa dan berbincang. Inilah indahnya Malaysia di mana ianya sukar dilihat di negara-negara lain.

Dalam hidup dalam keadaan masyarakat majmuk, sifat tolak ansur, saling memahami dan hormat menghormati adalah kunci kepada kejayaan perpaduan kaum. Sekiranya terdapat masalah, hendaklah segera diselesaikan melalui meja bulat. Berbincang menyelesaikan masalah adalah langkah terbaik daripada membuat keputusan sendiri, melulu dan melakukan kekacauan atau suasana yang tidak diingini. Negara ini telah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam konflik perkauman, tidak usahlah diulangi, tidak usahlah cabar mencabar antara satu sama lain. Tiada apa faedahnya apabila berlaku persengketaan, sebaliknya teguhkanlah perpaduan.

Kita di Malaysia ini, sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Malaysia tidak akan maju sekiranya ada mengatakan kita tidak perlukan Melayu, Cina, India, dan etnik Sabah Sarawak. Dengan perpaduan yang sedia terjalin inilah kita membawa Malaysia ke arah negara yang dinamik dan progresif menuju wawasan negara maju 2020. Kita tidak boleh nafikan ini, kerana sekarang inipun sudah terbukti kita memerlukan Melayu, Cina, India dan etnik Sabah Sarawak untuk sama-sama memajukan negara. Melayunya yang mahir dalam pengurusan, Cinanya yang mahir perniagaan, Indianya yang mahir perundangan juga etnik Sabah Sarawak yang serba berkebolehan bersama-sama bekerja keras memacu negara.

Semoga sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, semua rakyat Malaysia tak kira warna kulit dan latar belakang dapat mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin sekian lama.





MEROKOK TAK MACHO BRO


Aku nak tujukan pesanan ini kepada anak-anak sedara aku yang aku kasihi.

Berhentilah merokok wahai anak-anak buahku sebelum terlewat, pakcik kau ni memang dah merokok sejak zaman sekolah menengah lagi, sampai sekarang susah mahu berhenti. Sudah puas pakcik cuba tak boleh-boleh juga. Kalau kau semua mahu cuba hisap rokok, tolonglah jangan simpan niat itu. Tak payah. Takde faedah pun.

Pakcik banyak kali cuba berhenti merokok, paling lama tiga minggu tidak hisap rokok, jumpa member-member hisap semula. Peh, punyalah susah. Siap beli ubat nak berhenti merokok di farmasi lagi, mahal tau ubat tu, pun tak jalan juga. Bulan puasa lagi lah, bukan tak boleh berhenti, lagi ditunggu-tunggukan waktu berbuka untuk menikmati rokok. Bodoh betul lah...

Sekarang dah ingat merokok membahayakan kesihatan, merokok merugikan. Duit banyak keluar kau orang tahu tak? Jadi, berhentilah merokok dari sekarang atau jangan cuba-cuba menghisap rokok. Tak macho pun, perempuan pun tak suka lelaki hisap rokok. Nasib baiklah makcik kau tu suka kat pakcik. Dia pun dah naik malas nak nasihatkan pakcik, apa taknya, pakcik sendiri kata nak berhenti merokok dan pakcik sendiri tidak boleh berhenti.

Jadi, jangan cuba-cuba merokok dan berhentilah merokok. KATAKAN TIDAK kepada merokok. Pakcik pula, kau orang jangan risau, pakcik akan sedaya upaya cuba berhenti merokok. Bila? Bila kau orang tengok pakcik dah tak merokok...


Pesanan untuk :

Syazani
Syahmi Akmal
Syahdad
Syakir
Azfar
Asyraf
Ammar
Akmal
Amzar
Danial
Irsyaduddin
Nizarruddin
Aidilnuruddin
Danish

Dan tak lupa pada anak aku, Fahim. Ayah nampak kau hisap rokok, ayah ikat kau kat pokok.


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Mahu berhenti merokok? Hubungi saya segera!



Thursday, September 16, 2010

STATISTIK PENGUNJUNG


Statistik Minggu Ini

Aku dah lama menwujudkan blog aku, tapi baru sekarang nak aktif semula. Best juga menulis blog ni, boleh berkongsi idea dan pendapat aku dengan orang lain. Kat atas ni aku paparkan statistik pengunjung bog aku pada minggu ni sehingga pukul 1.00 tadi. Tak ramai sangat. Paling tinggipun hanya 14 orang dalam satu masa. Tapi apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih di atas kesudian semua yang sudi melayari dan membaca blog aku. Semoga semua dapat faedah darinya (kalau ada lah).

Statistik ni kalau tak jelas, bolehlah klik pada gambar carta tu. Aku harap kawan-kawan lain pun boleh menulis blog, bukan apa, sekadar berkongsi ilmu dan cerita.


Statistik Keseluruhan

Nampaknya jumlah paparan blog aku sudah menghampiri 300 paparan. Terima kasih banyak di atas minat membaca anda semua. Aku akan pastikan blog aku ini akan memaparkan penulisan-penulisan yang berfaedah dan bermanfaat.