Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI







HARI RAYA DATANG LAGI

Pejam celik pejam celik, sudah nak menyambut bulan Syawal. Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga pada siang hari di bulan Ramadhan, akhirnya tiba juga bulan meraikan kemenangan. Bagi mereka yang tak berpuasa tu, belajar-belajarlah berpuasa. Kerana puasa adalah wajib dan termasuk dalam rukun Islam.

Pada ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai serta buat isteri tercinta, saya memohon maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Halalkanlah makan minum saya selama ini. Sekiranya ada tutur kata yang menyakiti hati, harap juga dimaafkan.

Buat kakitangan-kakitangan yang bertugas dan yang pernah bertugas bawah seliaan saya, saya juga ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, termarah sini sana, dan apa-apa yang menyakiti hati kalian semua. Sesungguhnya, bukan niat untuk suka-suka memarahi tapi dengan niat ingin menegur. Menegur untuk kebaikan bersama. Menegur untuk kebaikan jabatan bukan untuk saya.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, marilah sama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama yang lain. Kalau dulu orang kata jangan jaga tepi kain orang, tapi sebenarnya kita kena jaga kain orang juga. Kena tahu hal jiran, kawan, ayah ibu, supaya kita tahu serta kenal akan mereka dan saling memerlukan dan saling ambil berat. Kalau berjiran, kita tak jaga hal dia, bagaimana kalau rumahnya dimasuki perompak atau pencuri? Adakah kita akan berdiam diri? Atau kita sememangnya tak kenal jiran-jiran kita. Kalau di kampung, semangat kejiranan memang tak dinafikan lagi, cuma di taman-taman perumahan yang perlu dipertingkatkan semangat kejiranan. Kerana saya tahu, masing-masing sibuk bekerja, kadangkala bekerja sampai lewat malam, jiran sendiri pun tidak kenal. Jadi, kenalah cari usaha kederat sendiri bagaimana mahu berkenalan dan bersuai kenal dengan jiran.

Kalau nak bercerita, panjang nak cerita ni. Ermm.. Apa-apa pun, dah ,nak raya ni. So, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ditujukan kepada kalian semua.





Berita Harian Online | Rasidi disahkan tidak siuman

Berita Harian Online | Rasidi disahkan tidak siuman

Sila klik di link untuk membaca berita

Komen watashi :

Kalau nak diikutkan, semua orang mahukan keadilan. Memang ternyata pelaku membunuh 4 orang ahli keluarganya, tetapi beliau dibuktikan dalam keadaan tidak waras semasa kejadian. Agak ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan ini, tetapi memang telah tercatat dalam undang-undang sekiranya seseorang itu dalam keadaan tidak waras, maka beliau akan terlepas hukuman. Semua tahukan perkara ini..?

Tapi sebenarnya, ada perkara lain juga yang bermain di minda saya ketika ini. Andai kata tertuduh dilepaskan, kemudian melakukan perkara yang sama pada masa akan datang, bagaimana ye? Keselamatan orang lain juga perlu dijaga.

Yang agak pasti, andai tertuduh dibebaskan dan kembali ke kampung halaman, penduduk kampung dan setempat mungkin akan mengeruni beliau. Takut akan beliau. Maka akan berlakunya proses yang disebut sebagai "pemulauan". Apabila beliau dipulau, mak kesunyian akan berlaku kembali pada diri beliau. Dan secara tidak langsung akan memberikan kesan dalaman pada diri beliau.

Kesan dalaman ini mungin positif dan negatif. Yang positifnya mungkin beliau akan cuba memperbaiki dirinya. Mendekatkan diri dengan masyarakat. Melonjakan diri kehadapan sebagai insan yang berguna pada masyarakat dan agama. Namun yang berlawanannya pula, mungkin beliau akan kembali seperti dahulu. Duduk menyendiri, pelbagai fikiran dan benak melayang memikirkan perkara-perkara yang tidak pasti.

Yang pasti masyarakat memainkan peranan yang penting. Jangan biarkan beliau menyendiri. Dampingi beliau. Ajarlah perkara yang baik. Ajarlah mengaji Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah ubat bagi segala penyakit.

Wallahuaklam.