Tuesday, September 7, 2010

BUKAN KERANA NAMA

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu



MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA




Muzium Istana Kesultanan Melaka merupakan replika Istana Kesultanan Melayu di Zaman Sultan Mansur Syah (1456-1477). Rekabentuk bangunan istana ini adalah berpandukan kepada penelitian Buku Sejarah Melayu dan juga berdasarkan pandangan Persatuan Pelukis Melaka serta Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka. 

Bangunan ini telah dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Pembinaan bangunan ini mengambil masa dua tahun iaitu bermula 27 Oktober 1984 dan siap sepenuhnya pada 15 April 1986. Pada 17 Julai 1986. 

Muzium Istana Kesultanan Melaka telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Bangunan ini mempunyai keluasan 240 kaki panjang dan 40 kaki lebar. 

Bangunan ini mempunyai keunikkan tersendiri dari segi senibinanya kerana menggunakan sistem pasak dan tanggam sebagai paku. Manakala struktur bangunan menggunakan kayu-kayu tempatan seperti atap yang diperbuat daripada Kayu Berlian yang dibawa dari Sarawak, tiang seri menggunakan Kayu Cengal serta lantai menggunakan Kayu Resak. Di permukaan dindingnya pula dihiasi dengan ukiran yang disebut sebagai Ketam Buri. 

Bangunan ini dibina dengan enam anjung yang dijadikan galeri pameran dan sebuah anjung utama sebagai laluan naik ke istana. Pada zaman Sultan Mansur Syah, anjung-anjung ini digunakan sebagai tempat tetamu yang datang bertemu dengan Sultan. 

Institusi Kesultanan Melayu yang telah wujud di negara ini sejak lebih lima kurun yang lalu merupakan teras sistem berkerajaan dan masih kukuh dipertahankan sebagai lambang kepada tunggak kedaulatan dan keunggulan nusa dan bangsa.  

Perkembangan dan pergolakan sejarah yang dirakamkan di negara ini boleh dikatakan sentiasa bergerak seiring atau dikaitkan dengan istana dan institusi kesultanan. Kesultanan Melayu juga boleh boleh disifatkan sebagai nadi dalam pembentukan tamadun, kebudayaan, sikap, norma dan sistem nilai bangsa Melayu. 

Sesungguhnya terdapat perubahan yang ketara dalam sistem pemerintahan demokrasi yang dipraktikkan oleh kerajaan sekarang tetapi kedudukan dan fungsi Raja-Raja Melayu masih terus dikekalkan sebagai payung negara, sumber inspirasi kesetiaan dan perpaduan rakyat dan lambang kedaulatan negara.

Kesultanan Melayu mempunyai ciri-ciri keunikan dan dan keistimewaan tersendiri yang jauh berbeza dengan sistem pemerintahan beraja di negara-negara lain. Berdasarkan kepada hakikat inilah, kedaulatannya diletakkan di puncak pemerintahan demokrasi dan pentadbiran negara apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Muzium ini memaparkan beberapa aspek penting yang perlu diketahui mengenai Kesultanan Melayu dan kaitannya dengan kesinambungan perkembangan sejarah negara. Bahan yang dipamer merupakan hakikat sejarah yang diharap dapat memberi gambaran terhadap kegemilangan takhta pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. 

Semoga pameran ini dapat memberi kesedaran kepada generasi kini dan akan datang berhubung akar umbi sejarah dan ketamadunan bangsa Melayu serta menyedari betapa pentingnya mereka memelihara kedaulatan Kesultananan Melayu yang telah sekian lama bertakhta memayungi negara ini.

Maklumat tambahan >> KLIK <<

Monday, September 6, 2010

MENGIMBAU PERISTIWA AL-MAUNNAH

Sekarang, Channel Astro History sedang rancak memainkan peristiwa berdarah yang dialami di Malaysia, iaitu rompakan senjata api milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Grik, Perak oleh pihak Al-Maunnah.

Dulu-dulu memang ada dengar berita ni, tapi tak jelas sangat kerana baca paper pun tak teliti sangat. Sejak ada paparan di Channel Astro History barulah aku dapat sedikit gambaran yang jelas. Peh, kira dahsyat juga anggota Al-Maunnah ni ye...

Yang aku tak boleh nak lupa, bagaimanalah perasaan anggota polis Melayu yang mula-mula buat siasatan ke atas kes tu. Lepas ditangkap oleh anggota Al-Maunnah, memang dia cakap ajal maut memang dah dekat, wajah ibu bapa, anak bini terpampang di depan mata. Bayangkanlah, gali kubur untuk diri sendiri. Erm.. Nasib baiklah dia tak diapa-apakan. Hidup lagi polis tu sampai sekarang.

Satu lagi yang buat aku kagum ialah seorang anggota komando (ATM) yang buat intipan untuk mengetahui lokasi dan jumlah anggota Al-Maunnah yang terletak di atas bukit Jenalik. Nasib tak baik dia pun kena tangkap. Yang bagusnya komando ni, dia langsung tak bocorkan rahsia. Ketua Al-Maunnah soal dia, satu jawapan dia tak bagi. Sampai kedua-dua lutut dia kena tembakpun masih dia berdiam diri. Last-last, agak-agak ketua Al-Maunnah tu dah bengang, apa lagi ditembak mati komando tu... Kesian.

Nak cerita, panjang kisah ni. Kita pendekkanlah ceritanya. Moral of the story? Kita fikir-fikirlah sendiri.