Friday, September 30, 2022

Giveaway Suka Suki Mamapipie


Sudah lama tak kemaskini blog dan sudah lama juga tidak menyertai giveaway dari rakan blogger. Sementara aku mempunyai masa terluang dan seperti mahu kembali bersemangat hendak menulis blog semula, jadi aku teringin menyertai giveaway dari blogger mamapipie.com.

Kepada rakan blogger yang ingin turut menyertai giveaway ini, sila klik gambar banner di atas bagi mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan. Alah, bukan susah sangat pun syarat-syaratnya. Jom sama-sama memeriahkannya.

Untuk post kesukaan aku di blog Mamapipie ialah Ahmad Asam Pedas Melaka. Kenapa aku suka post ini? Sebab akukan orang Melaka. Hihi. Kalau bab asam pedas ni, jika ditanya sama orang Melaka di kedai mana asam pedas yang sedap, maka jawapannya ialah tiada jawapan. Nanti adalah yang berkata, asam pedas yang mak aku masak adalah yang paling sedap.

Tapi tu lah... Barangkali banyak kedai yang sedap-sedap masakan asam pedasnya, lalu tidak tahu kedai mana yang mahu disokong.  Ataupun sebenarnya orang Melaka tak makan asam pedas kat kedai, biasa masak sendiri saja. Lagi satu, orang Melaka belah-belah kampung biasanya sebut masak asam bukan asam pedas.

Huhu, dah bercerita pasal asam pedas pula. Cerita giveaway pula yang sedikit saja. Oh ya, jadi kawan-kawan, jangan lupa ye sama-sama memeriahkan giveaway ini. Apa lagi, jom buat entri .