Monday, September 29, 2014

CERITA DI SEBALIK BIAWAK YANG GANAS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

*****

Kecoh satu Malaysia angkara si biawak yang biadap melakukan satu kesalahan yang amat besar di luar batasan akal fikiran manusia. Kesalahan tersebut, menyebabkan si biawak telah dihadapkan ke muka pengadilan. 

Dalam perjalanan ke mahkamah, si biawak berasa agak malu akan perbuatannya, lalu ingin menutup wajahnya dari kenali oleh orang ramai dan biawak-biawak se-Malaysia. 

Rancangannya ingin menutup wajah dengan seluar dalam RENOMA, namun ia kehabisan stok akibat digunakan oleh pesalah-pesalah lain. Justeru, si biawak telah mengambil keputusan untuk menutup wajahnya dengan menggunakan TIN SARDIN.



  
Semasa perbicaraan, entah di mana silapnya, mahkamah mendapati si biawak tidak bersalah dalam kes tersebut. Si biawak berasa agak gembira dengan keputusan ini. Isteri si biawak masih tidak mengetahui keputusan ini kerana hanya duduk di luar disebabkan tidak mahu mendengar hukuman yang bakal menimpa suaminya.

Bagi menyampaikan berita gembira ini, si biawak lantas keluar dari kamar bicara untuk bertemu dengan isterinya yang menunggu di seberang jalan. Kini si biawak keluar tanpa menutup wajahnya lagi.

Maka berlakunya saat-saat yang paling mengharukan. Si suami dan isteri berpeluk-pelukan antara satu sama lain dan rasa bersyukur kerana mahkamah telah melepasnya dari melakukan kesalahan.

Saat-saat yang indah ini telah dirakamkan oleh para wartawan dan juga orang-orang yang berlalu lalang di situ.





Walaupun keputusan mahkamah telah berpihak kepada si biawak, namun sebenarnya terdapat ramai orang yang memendam dendam kesumat terhadap si biawak. Bagi mereka, salah tetap salah! Mahkamah telah membuat satu keputusan yang salah! 

Kemudian, bermulalah episod di mana, para pendendam biawak mula memburu biawak tersebut untuk membuat perhitungan. Dari longkang ke sungai, dari semak samun ke hutan, habis semua orang mencari si biawak tersebut. Perasaan marah membara akibat perbuatan biawak dan ianya harus dihukum!!

Dalam beberapa ketika, agak malang bagi biawak tersebut. Ia telah ditemui bersama-sama isterinya. Tanpa ada perasan belas kasihan, si biawak dan isteri telah dibakar hidup-hidup sehingga rentung. 




Begitulah pengakhiran riwayat hidup si biawak. Yang amat memilukan ialah isterinya juga terheret menjadi mangsa sedangkan yang melakukan kesalahan adalah suaminya.

Akan tetapi, ia tidak berakhir di situ. Manusia masih belum berpuas hati! Seorang penunggang basikal lasak telah terserempak dengan abang ipar arwah si biawak. Tanpa rasa gerun dan curiga, dengan pantas si penunggang basikal menangkap biawak tersebut dan menyelitkannya di celah roda basikal. 

Dalam keadaan tersepit di roda basikal, biawak tersebut di bawa ke hulu ke hilir, naik bukit dan turun bukit. Akibatnya, biawak tersebut mati di celahan roda basikal.




Begitulah ceritanya serba sedikit berkenaan biawak. Apa yang dapat disimpulkan ialah, cukup-cukuplah berdendam, ia tidak akan membawa ke mana-mana. Manusia dan biawak haruslah bersatu-padu kembali seperti suatu ketika dahulu... Sekian.