Wednesday, October 5, 2011

HARAPAN BELANJAWAN 2012





Sebagai rakyat Malaysia, pastinya kita menaruh harapan kepada Perdana Menteri untuk membuat belanjawan yang boleh memuaskan hati kita. Tetapi kita perlulah ingat bahawa, memang susah untuk memuaskan hati semua pihak. Apa pun, belanjawan yang dirangka pastinya bertujuan untuk memakmurkan dan kesejahteraan rakyat.

Namun begitu, sebagai rakyat biasa yang tidak mampu bersuara sehingga ke atas ingin juga menyatakan harapan-harapan untuk belanjawan 2012 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.


1. NAIK GAJI.
Ini sudah mesti. Semua orang dikalangan pekerja awam mahupun swasta mahukan kenaikkan gaji. (Semua orang nak, aku pun nak sama)

2. BONUS
Inipun sama. Berilah sedikit bonus pada kakitangan awam. Rasa dihargailah juga. Kalau dibanding dengan swasta, bonus mereka sehingga 1 - 6 bulan. (Ni pun satu, siapa taknak bonus kan..)

3. HARGA ROKOK
Naikkan harga rokok hingga tahap maksima, supaya rakyat Malaysia tidak merokok. Jangan lupa juga pantau dengan rapi penjualan rokok "underground" supaya tiada pula yang beralih kepada rokok "underground" ini. (Pasal aku sedang berusaha berhenti merokok)

4. PENDIDIKAN
Selaraskan pusat pendidikan TASKA, TASKI dan TABIKA swasta. Pendaftaran dan bayaran bulanan yang tinggi. Elok beri pelepasan-pelepasan tertentu kepada pengusaha tersebut bagi membolehkan bayaran yang dikenakan kepada pengguna dapat dikurangkan. (Dah surveys untuk anak, memang tinggi-tinggi bayarannya)

5. INTEREST BANK KEPADA JUALAN KERETA BUATAN TEMPATAN
Minta kerajaan kurangkan interest yang dikenakan oleh bank-bank bagi membeli kenderaan buatan Malaysia. Beli kereta keluaran import interest hanya 2.00 ++ tetapi kereta tempatan interestnya 3.00++. Fikir dua tiga kali, lebih baik beli kereta import. (Pasal tu lah aku beli kereta import.. :)

6. KEBAJIKAN
Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia telah lama menjaga kebajikan kepada golongan kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan sebagainya. Namun begitu jumlahnya perlu dikaji semua bagi memastikan jumlah tersebut berpadanan dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang. Selain itu, pemantauan berterusan adalah perlu bagi tidak berlaku keciciran dalam pemberian bantuan kebajikan. (Kasihan tengok kat orang-orang kampung yang susah, jagalah mereka)

7. PEKERJAAN
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan yang banyak bagi rakyat Malaysia. Kurangkan keberantungan kepada buruh warga asing. (Graduan banyak menganggur, sekarang kerani pun ada ijazah..)

8. ARAK
Naikkan cukai minuman beralkohol pada tahap maksima. Secara tidak langsung harganya akan meninggat dan akan berkuranglah pembelian minuman alkohol bagi golongan remaja. (Lebih bagus kalau tiada saja)

9. CUKAI PENDAPATAN
Kaji semula sistem percukaian negara. Cukai pendapatan perlulah diberikan pelepasan-pelepasan tertentu. Jadikan cukai pendapatan sebagai cukai yang tidak menyusahkan rakyat. (Aku tak tau sangat, pasal tak layak lagi dicukai, abang-abang aku adalah yang kena cukai)

10. CUKAI BARANGAN
Elok dikaji semula sistem cukai ini atau dikenakan pada barang-barang tertentu sahaja. (Kalau cukai pendapatan mungkin ramai yang tak kena, tapi bila bab cukai barangan semua orang membeli, jadinya semualah kena cukai)

Rasanya ini sahajalah yang aku dapat fikirkan buat masa ini. Kalau betul-betul punya mahu 500 muka surat tak cukup untuk aku gariskan satu persatu.

Semoga belanjawan kali ini dapat memberikan senyuman sehingga ke telinga buat semua rakyat Malaysia.

Apa pula harapan anda?