Thursday, July 10, 2014

APABILA LAGU BOIKOT BERKUMANDANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Subhanallah.. Allahuakbar... Gaza diserang lagi!! Banyak nyawa yang tidak berdosa tumbang walaupun tidak bersenjata. Orang awam, kanak-kanak menjadi mangsa kezaliman rejim Yahudi. 



Kita di Malaysia hanya mampu mendengar berita keperitan mereka disamping memberikan sumbangan berbentuk kewangan bagi membantu mereka. Di laman-laman sosial pula masing-masing menukar gambar profil kepada gambar Gaza / Palestin sebagai tanda sokongan bagi mereka.

Tidak ketinggalan juga suara-suara yang menyuruh para pengguna memboikot produk-produk keluaran Israel. Namun sejauh manakah usaha memboikot ini berjaya? Adakah kita sekadar memboikot namun setelah keadaan kembali reda, kita tidak memboikot lagi?

Memboikot seharusnya dibuat lebih sistematik. Kejayaan memboikot seharusnya dapat diukur. Bukan sekadar kita memboikot tetapi tiada apa-apa kejayaan yang dapat dicapai. 

Dalam pasaran Malaysia sendiri terdapat banyak barangan keluaran Amerika yang ditunjangi Israel. Adakah kita mampu untuk memboikot kesemua produk ini sedangkan ia telah digunakan oleh segenap isi rumah sejak berdekad yang lalu.

Kita seakan tidak mampu untuk memboikot kesemua produk Israel dalam masa terdekat. Untuk jangka masa pendek, apa kata kita boikot satu sahaja produk. Kita fokus pada satu produk dahulu. Sekiranya produk tersebut 'bungkus' dalam pasaran kita, bermakna usaha memboikot telah berjaya. Sekiranya tidak, jangan mimpilah untuk memboikot kesemua produk Israel.

Setelah berjaya 'membungkuskan' satu produk Israel, kita teruskan dengan produk yang lain. Buat satu persatu. Sekiranya berjaya, itulah kayu pengukurnya kejayaan usaha memboikot. 

Insya-Allah, sekiranya setiap rakyat di Malaysia berbuat begini, pastinya kejayaan menyebelahi kita.