Sunday, April 13, 2014

CARA MEMBUAT COCONUT SHAKE YANG LAZAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dulu masa mula-mula berkahwin, aku tak minum Coconut Shake. Seingat aku, dulu orang rumah ada membungkuskan secawan Coconut Shake yang dibeli di Klebang Original Coconut Shake, aku hanya rasa sedikit dan ia tidak selari dengan tekak aku. Aku tidak boleh bayangkan rasa air kelapa yang dicampur dengan isi kelapa dan ais krim vanila dan di blend bersama ketulan-ketulan ais. Bagi aku ia sesuatu yang memualkan.

Namun, entah bila agaknya dengan tiba-tiba aku telah menyukai Coconut Shake. Sekarang, kalau berlalu di kedai-kedai yang menjual Coconut Shake, perasan untuk membeli memang ada. Kini, tekak aku sudah sebati dan menerima keenakan Coconut Shake.

Nak dijadikan cerita, hari ini sedara mara dari Kuala Lumpur dan Singapura telah bertandang ke rumah mak aku kerana menziarah bapa aku yang kurang sihat. Selain menjamu mereka dengan makanan yang lazat-lazat, abang aku dan aku bercadang untuk membuat Coconut Shake.

Apalagi, operasipun bermula. Mula-mula kami memetik buah kelapa muda yang terletak berdekatan rumah. Semasa abang aku mula mengupas buah kelapa, aku pergi ke kedai untuk membeli ais dan ais krim vanila.

Untuk membuat Coconut Shake, bahan-bahannya adalah :

1. Air kelapa muda
2. Ais krim vanila
3. Isi buah kelapa
4. Ais
5. Air gula

Air kelapa muda
Ais krim perisa vanila
Ais

Cara membuat :

1. Sediakan blender.
2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, ais krim perisa vanila dan ketulan ais ke dalam blender.
3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa.
4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
5. Siap sedia dihidang dan diminum.

Begitulah mudahnya menyediakan Coconut Shake yang lazat berkrim dan disukai ramai.

Coconut Shake

Eh! Kalau dibaca di tajuk, Cara Membuat Coconut Shake yang lazat. Jadi, mana kelazatannya? Sebenarnya kelazatan Coconut Shake adalah yang dibuat sendiri. Sendiri buat, sendiri minum dan sendiri merasa kelazatannya. Hehehe.. Jangan marah ye..