Thursday, May 23, 2013

KEMBALI MENJADI ARTIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hehe.. Artis sangatlah kan.. Kalau siapa yang biasa bertandang ke blog aku ni pasti ada perasan beberapa buah lukisan hasil buatan tangan aku yang pernah aku paparkan di sini. Bagi sesiapa yang masih belum pernah melihatnya, bolehlah klik pada pautan di bawah :






Alhamdulillah... Sebenarnya sudah dua lukisan aku terjual dengan seorang pembeli yang sama. Aku sedikit berasa berbesar hati kerana beliau baru berpindah rumah, beliau sudah 'booking' awal lukisan aku untuk letak di rumah barunya. Pada masa beliau pergi mengemas rumah barunya, beliau telah menelefon supaya menghantar lukisan ke rumah barunya. Terasa seperti lukisan aku ini dihargai. Lukisan pertama yang beliau beli ialah The Spinning 9 Balls.

Baru-baru ini isteri aku ada 'publish'kan lukisan aku di Facebook, dan-dan 'buyer' yang sama berkenan dengan sebuah lagi lukisan aku iaitu One and Only. Sebenarnya aku sendiri sukakan lukisan tu, aku sudah gantung di rumah aku dengan beberapa lukisan yang lain. Memang dalam perancangan, aku nak jadikan rumah aku seperti galeri lukisan peribadi aku. Tapi orang rumah sudah terlepas gambar tersebut di Facebook, jadi terpaksalah aku menjualnya juga walaupun agak sukar melepaskannya. Dalam hati, aku terfikir, adakah inilah sebabnya ada antara pelukis tidak mahu menjual sebilangan karya lukisannya.

Sebagai seorang yang baru belajar melukis, aku tidaklah 'demand' harga yang tinggi bagi lukisan aku ni. Alhamdulillah, aku dapat menjual lukisan The Spinning 9 Balls dengan harga RM 250.00 manakala lukisan One and Only dengan harga RM 150.00. Sebenarnya kalau boleh tak naklah letak harga yang mahal-mahal sangat, tapi faktor bahan mentah seperti bingkai dan warna yang agak mahal lebih-lebih lagi bingkainya.

Bagi lukisan The Lonely Colorful Flowers aku sudah 'reject'. Dari pandangan mata aku, memang ia nampak tidak cantik dan menarik.. :(

Baru-baru ni aku mula melukis kembali. Aku bukan tak boleh melukis hari-hari, tapi masa amat mencemburui aku. Lainlah aku memang mencari makan dengan melukis, kalau begitu kenalah melukis hari-hari. Dalam diam aku dapat menyiapkan sebuah lukisan dan sebuah lagi hampir siap. Kedua-duanya masih belum aku letakkan tajuknya. Nanti saja aku fikirkan...

Ok.. Di bawah ini adalah hasil kerja tangan aku yang baru. Maaflah, gambarnya tidak penuh. Hanya sebahagian saja ditunjukan. :)

Layankan saja...



Masih tercari-cari tajuk yang sesuai bagi kedua-dua lukisan ini...