Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kewujudan Galeri Ketua Menteri Melaka mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Mungkin kedudukannya agak berjauhan dengan muzium-muzium dan galeri-galeri di Bandar Hilir, Melaka, oleh itu ia kelihatan sedikit sunyi dari pelawat.
Tapi percayalah, terdapat banyak maklumat-maklumat berguna yang terdapat di galeri ini sesuai untuk rujukan pada pelajar dan pengkaji tentang sistem, sejarah, peranan dan banyak lagi berkenaan ketua-ketua Menteri Melaka bermula dari Ketua Menteri yang pertama hingga kini.
Terletak di Bukit Peringgit, Melaka memberikan pemandangan yang amat menarik serta udara yang segar dan dingin. Di lokasi ini juga bukan sahaja terdapat Galeri Ketua Menteri Melaka malahan terdapat juga galeri-galeri lain yang berdekatan seperti Galeri Melaka, Galeri Casa Cuba dan Galeri Macau. Jadinya, sekiranya hadir ke Bukit Peringgit ini, banyak juga tempat yang boleh dilawati.
|
Pokok menyerupai kalimah Allah ini boleh didapati di sekitar galeri ini |
Untuk masuk melawat ke Galeri Ketua Menteri Melaka ini, pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 sahaja. Manakala kepada kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun, RM1.00 dikenakan.
Berikut beberapa gambar di dalam Galeri Ketua Menteri Melaka ini...
|
Pantun wajib negeri Melaka.. |
|
Ruang hadapan sebelum melngkah masuk ke dalam galeri |
|
Ruang kerja Ketua Menteri |
|
Koleksi cenderamata |
|
Koleksi pakaian - pakaian Ketua Menteri |
|
Bilik Ilham |
|
Tangga yang menarik.. :) |
|
Bilik tidur |