Tuesday, May 3, 2011

KEMATIAN OSAMA BIN LADEN : BENAR ATAU REKAAN? ADAKAH SATU KEJAYAAN?

Erm.. Tajuk panjang sejengkal. Siapa yang belum tahu lagi Osama bin Laden telah mati dibunuh oleh tentera Amerika, angkat tangan... Ooo., rupanya ramai yang sudah tahu. Aku pun dah tahu, tapi baru nak ulas dalam blog aku ni.

Yang pertamanya, benarkah yang mati itu Osama bin Laden? (orang barat panggil Bin Laden) Dalam pembacaan aku, ada jugak orang yang menafikan bahawa yang Osama bin Laden tidak mati, tetapi kejadian itu hanya rekaan semata-mata. Huh, confius dibuatnya. Adalah beberapa blog dan akhbar-akhbar dari luar menyatakan bahawa gambar yang ditayangkan oleh pihak Amerika itu adalah palsu. Palsu? Kenapa pulak nak dipalsukan gambar itu kalau sudah benar yang mati itu Osama bin Laden?

Cuba perhatikan gambar dibawah ini.

Ini gambar Osama bin Laden yang sedia ada masa beliau masih hidup

Ini pula gambar mayat beliau

Apa yang diragukan ialah gambar mayat ini, ia nampak 'real' tapi ada sedikit was-was samaada ia gambar benar mahupun palsu. Kalau dilihat pada gambar beliau masih hidup itu di "flip" kan akan nampak seperti gambar itu digunakan untuk dieksploitasi bagi membuat gambar (wajah) mayat Osama bin Laden. Erm.. Macam-macamlah.

Ada juga yang menyatakan bahawa Osama bin Laden ini tidak pernah wujud. Nama mungkin wujud tetapi orangnya tiada. Hanya bayangan Amerika untuk menguasai dunia Islam. Benarkah? Kalau benarlah Osama bin Laden wujud, rasanya sudah lama Amerika berjaya membunuh beliau. Negara bersenjata teknologi tinggi, takkan tak mampu mengesan dan membunuh Osama bin Laden lebih awal tanpa membuang masa bertahun-tahun memburu beliau. Di sini macam tak logik aje. Bayangkan, dengan senang Saddam Hussein dicari hingga ke lubang cacing, inikan pula Osama bin Laden, yang sudah tahu kedudukannya, tapi tak dapat-dapat juga dibunuh. Setelah beberapa tahun baru dapat bunuh. (peh, hebat betul Osama bin Laden ni)

Lagi satu nak bangkitkan... Adakah ini merupakan satu kejayaan? Kalau Amerika dan barat mungkin ini adalah satu kejayaan bagi mereka tapi kita yang Islam ini adakah mereka menganggap ini satu kejayaan juga? Susahlah nak cakap. Aku sendiripun tak pasti. Kalau benarlah Osama bin Laden itu adalah pengganas, adakah kita umat Islam wajib menyokong pengganas? Tak nampak Osama bin Laden ini mahu menegakkan Islam, sebaliknya orang awam menjadi mangsa bom-bom berani mati yang dibuat oleh rangkaian Al-Qaeda. Tak berdosakah membunuh orang-orang awam yang tidak bersalah?

Kini dilihat, Amerika, negara Barat dan tidak ketinggalan juga negara kita Malaysia giat memperketatkan keselamatan dengan alasan untuk bersedia dengan kemungkinan tindak balas dari rangkaian penyokong Osama bin Laden. Nampaknya ia bukan satu kejayaan mutlak, ada lagi yang dirisaukan oleh mereka-mereka ini. Mungkin juga kejayaan yang diwar-warkan ini adalah sebagai lesen untuk Amerika dan sekutu untuk terus memerangi umat Islam dengan alasan bagi menghapuskan pengganas.

Akhir kata, kita punya mata - lihat, punya telinga - dengar, punya mulut - cakap. Ini adalah pandangan peribadi aku saja. Tak tahu mana benar mana salahnya. Sama-samalah kita berfikir. Wallahuaklam...