Wednesday, April 20, 2011

KITA TAK MUNGKIN MAMPU MEMUASKAN SEMUA ORANG

Manusia dijadikan pelbagai bangsa dan agama. Manusia juga mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Ada yang okay dan ada yang tidak. kalau yang okay tu takpelah, yang tidak okay itulah yang mendatangkan sedikit masalah. Namun begitu, bagi yang tidak okay itu tidak semestinya kita perlu pertikaikan atau ketepikan, kita seharusnya lebih demokrasi dengan mendengar apa yang dimahukan dan apa yang mereka kehendakkan.

Sekiranya yang tidak okay tadi mengkehendakkan sesuatu yang mampu kita ubah, maka haruslah kita ubah. Tetapi sekiranya kita tidak mampu atau tiada kuasa untuk mengubah maka biarkan saja ia berlalu serta perlu menerangkan mengapa sebab dan munasababnya.

Hakikatnya inilah dihadapi oleh seorang ketua ataupun pemimpin. Adalah agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Kita sudah berusaha sedaya upaya namun apabila sesuatu itu diluar keupayaan dan kekuasaan kita mungkin kita akan melukakan hati sebelah pihak walaupun hakikatnya yang terluka itu hanyalah sedikit bilangannya.

Perkara-perkara seperti inilah yang biasanya seorang ketua atau pemimpin hadapi saban hari dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan. Namun sebagai ketua, kita juga perlu sedikit penegasan. Tegas bukan bermakna sombong, tetapi demi melancarkan perjalanan sesuatu perkara untuk dilaksanakan. Sekiranya kita asyik untuk mengubah demi sesuatu pihak tidak merasa puas, sampai bilapun sesuatu perkara tidak akan dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya, kita hendaklah sedaya upaya untuk memuaskan semua orang, namun sekiranya gagal untuk memuaskan semua orang, ia bukan bererti kita gagal kerana kepuasan untuk semua adalah sukar. Tetapi, kita mungkin akan gagal sekiranya bilangan yang tidak puas itu adalah lebih tinggi bilangannya daripada bilangan mereka yang puas.

Fikir-fikirkanlah....