Friday, December 10, 2010

WIKILEAKS (PADAN MUKA DAN AMANAH)

Apa itu Wikileaks? Satu laman web kontroversi yang sedang hangat dibicarakan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Bukan apapun, cuma laman web ni memaparkan dokumen-dokunen sulit negara-negara tertentu terutamanya Amerika.

Persoalannya, bagaimana dokumen ini boleh disebarkan secara berleluasa di laman web Wikileaks? Bukankah ia sendiri melibatkan 'orang-orang dalam'. Kalau tidak masakan dokumen-dokumen tersebut boleh diperolehi oleh pihak Wikileaks.





Dalam satu aspek, padan muka dengan Amerika yang asyik dengan Hak Asasi, Demokrasi dan Hak Bersuara. Apabila pihak lain bersuara tentang negara mereka, pandai pula mereka menempelak. Kenapa mereka tidak menerima sahaja berita atau maklumat yang disebarkan media. Bukankah itu adalah hak media, hak bersuara?

Dalam satu aspek lagi ialah berkenaan dengan sikap amanah. Dokumen-dokumen kerajaan yang dianggap sulit, rahsia mahupun rahsia besar tidak akan dapat disebarkan sekiranya penjaga kepada dokumen tersebut adalah seorang yang amanah. Atas dasar tidak amanahlah menyebabkan dokumen-dokumen ini boleh dijual beli dan disebarkan di media elektronik secara berleluasa.

Sehingga kini ada yang menyokong Wikileaks dan ada juga sebaliknya. Yang meyokong Wikileaks, mereka sanggup menjadi pengodam kepada laman web yang mengenepikan Wikileaks. Manakala yang menyokong pula, memberi peranan menutup laman web itu dari dilayari pengguna.

Bagi kita yang mungkin mempunyai kepentingan atau tidak kepada Wikileaks ini, terpulanglah untuk menyokong atau sebaliknya.

Ps : Aku bukan kisah sangatpun...