Friday, December 10, 2010

ANTARA DUA KOREA

Baru-baru ini dunia digembarkan dengan serangan tentera Korea Utara ke atas sebuah pulau di Korea Selatan yang menyebabkan kerosakan bangunan-bangunan dan kematian orang awam dan tentera. Ada yang menjangkakan bahawa Perang Dunia Ketiga akan meletus. Adakah perang ini benar-benar akan berlaku?





Seperti semua maklum, Korea Selatan adalah negara yang bersekutu dengan Amerika, sebaliknya Korea Utara merupakan blok Komunis dan ianya negara yang mempunyai sokongan negara China. Negara China pula adalah sebuah kuasa dunia yang mempunyai kuasa Veto.

Pada tahap sekarang, kita lihat Amerika berasa teragak-agak untuk terus memerangi Korea Utara yang mana dicanangkan sebagai negara yang mempunyai tenaga nuklear dan sedang berusaha untuk menghasilkan senjata besar. Sekiranya Amerika sudah cukup bukti, mengapakah mereka tidak memerangi Korea Utara sepertimana mereka lakukan ke atas negara Islam Afganistan dan Iraq?

Dalam hal ini, Amerika seboleh-bolehnya berusaha menyelesaikan isu ini dengan khidmat PBB. Mereka sedaya upaya berusaha memujuk China untuk menyokong tekanan diberikan kepada Korea Utara. Yang memeningkan kepada otak kita sekarang, kenapa Amerika tidak terus menyerang Korea Utara? Korea Selatan juga tidak melancarkan serangan balas ke atas jirannya itu. Adakah kerana mereka bukan negara Islam? Adakah kerana mereka bukan negara pengeluar minyak? Atau sebenarnya mereka takut kepada Korea Utara!

Apa-apapun kita tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal berlaku. Perang bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik, kita tidak muhukan peperangan, kita juga tidak mahu Perang Dunia Ketiga meletus.