Tuesday, September 28, 2010

JANGAN GUNA KAEDAH INI UNTUK TINGKATKAN TRAFIK PADA BLOG

Kini, begitu ramai bloggers yang cuba sedaya upaya untuk meningkatkan trafic pada blog mereka termasuklah aku juga. Tetapi bagi yang beragama Islam dan kita yang hidup dengan adat ketimuran perlulah menjaga etika-etika dan budaya sopan santun dalam menyampaikan satu mesej dan apa-apa paparan kepada umum.


Ini adalah kerana kita tidak mengenali siapa pembaca blog kita. Mungkin blog kita akan dibaca oleh anak-anak kita, adik beradik, sedara mara mahupun ibu-bapa kita sendiri. Justeru itu, janganlah kita memalukan diri sendiri dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya kita paparkan di dalam blog kita.


Setelah membuat penilaian yang sewajarnya dan melihat kepada perkembangan bloggers sekarang, di sini aku paparkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya ada pada blog kita.


1. Gambar atau video pornografi

2. Gambar wanita seksi

3. Perkataan-perkataan yang dusta / fitnah

4. Unsur-unsur perjudian

5. Lain-lain yang difikirkan tidak perlu


Kita sebagai bloggers ini, ada yang membuat blog untuk perniagaan, ada yang untuk menjadi agen iklan dan lain-lain sumber pendapatan, justeru itu kita mestilah pastikan sumber yang kita perolehi itu daripada sumber yang halal.


Wallahuaklam.