Wednesday, September 8, 2010

HARI RAYA DATANG LAGI

Pejam celik pejam celik, sudah nak menyambut bulan Syawal. Hari Raya Aidilfitri. Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga pada siang hari di bulan Ramadhan, akhirnya tiba juga bulan meraikan kemenangan. Bagi mereka yang tak berpuasa tu, belajar-belajarlah berpuasa. Kerana puasa adalah wajib dan termasuk dalam rukun Islam.

Pada ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai serta buat isteri tercinta, saya memohon maaf dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Halalkanlah makan minum saya selama ini. Sekiranya ada tutur kata yang menyakiti hati, harap juga dimaafkan.

Buat kakitangan-kakitangan yang bertugas dan yang pernah bertugas bawah seliaan saya, saya juga ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, termarah sini sana, dan apa-apa yang menyakiti hati kalian semua. Sesungguhnya, bukan niat untuk suka-suka memarahi tapi dengan niat ingin menegur. Menegur untuk kebaikan bersama. Menegur untuk kebaikan jabatan bukan untuk saya.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, marilah sama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama yang lain. Kalau dulu orang kata jangan jaga tepi kain orang, tapi sebenarnya kita kena jaga kain orang juga. Kena tahu hal jiran, kawan, ayah ibu, supaya kita tahu serta kenal akan mereka dan saling memerlukan dan saling ambil berat. Kalau berjiran, kita tak jaga hal dia, bagaimana kalau rumahnya dimasuki perompak atau pencuri? Adakah kita akan berdiam diri? Atau kita sememangnya tak kenal jiran-jiran kita. Kalau di kampung, semangat kejiranan memang tak dinafikan lagi, cuma di taman-taman perumahan yang perlu dipertingkatkan semangat kejiranan. Kerana saya tahu, masing-masing sibuk bekerja, kadangkala bekerja sampai lewat malam, jiran sendiri pun tidak kenal. Jadi, kenalah cari usaha kederat sendiri bagaimana mahu berkenalan dan bersuai kenal dengan jiran.

Kalau nak bercerita, panjang nak cerita ni. Ermm.. Apa-apa pun, dah ,nak raya ni. So, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ditujukan kepada kalian semua.