Wednesday, June 28, 2023

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Buat Semua



Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang merayakan di seluruh dunia. Hari ini adalah hari yang istimewa di mana kita menyambut perayaan korban yang dituntut dalam agama Islam. Semoga suasana gembira tercipta di rumah-rumah kita saat kita berkumpul dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tercinta.

Di Hari Raya Aidiladha, mari kita renungkan nilai-nilai pengorbanan dan keikhlasan yang wujud dalam kisah Nabi Ibrahim AS. yang bersedia untuk mengorbankan putranya, Nabi Ismail, atas perintah Allah SWT. Semoga semangat korban ini menginspirasi kita untuk berbuat baik, bersedekah dan berkorban demi kemaslahatan umat manusia. Mari kita berdoa agar kita semua diberkati dengan kebahagiaan, kesihatan dan berjaya dalam segala hal yang kita lakukan.

Sambutlah Hari Raya Aidiladha ini dengan penuh syukur dan kegembiraan. Jadikan saat dan tika ini sebagai kesempatan untuk mempereratkan tali silaturrahim, saling bermaafan dan memperkuat hubungan kita dengan sesama manusia. Semoga perayaan ini memberi rahmat Allah SWT ke dalam hidup kita. 

Selamat Hari Raya Aidiladha, semoga Allah menerima amal ibadah dan korban kita, serta melimpahkan keberkatan-Nya kepada kita semua. 

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Tuesday, June 27, 2023

Poster-poster Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha

Aku bukanlah seorang pereka (designer), tetapi aku minat mereka bentuk poster-poster. Antara aplikasi atau laman sesawang yang aku biasa gunakan untuk membuat poster ialah dengan menggunakan postermywall. Mudah. Sangat mudah bagi sesiapa sahaja yang nak membuat poster. Hanya pilih templates yang disukai dan masukkan sahaja perkataan-perkataan yang diingini. Semudah ABC.

Baru-baru ini, aku turut mengikuti kelas sehari membuat reka bentuk menggunakan canva dan photopeaSo far, Canva pun bagus juga dan pelbagai reka bentuk boleh dibuat manakala photopea lebih kepada teknikal dan perlu dipelajari dengan teliti.

Reka bentuk di bawah ini aku hasilkan dengan menggunakan postermywall. Gambar-gambar sedia ada, cuma aku tukar atau masukkan perkataan sahaja. Bagi sesiapa ingin mereka bentuk poster ucapan, bolehlah gunakan mana-mana laman sesawang yang telah aku nyatakan di atas. Selamat mencuba! 








Ps : Sebetulnya perkataan Aidiladha ialah rapat bukannya jarak. Maaf atas kesilapan. Malas pula nak betulkan. 

Sunday, June 18, 2023

Selamat Hari Bapa - Abah Yang Ku Rindu

Pada hari ini, ingin aku mengucapkan penghargaan dan rasa syukur yang tak terhingga atas kehadiran dan kasih sayang kepada Allahyarham abahku Haji Mamat Yasin yang telah menjadi seorang bapa yang amat baik.

Arwah abah adalah sumber inspirasi dan teladan bagi kami adik beradik. Abah sentiasa memberikan perlindungan, sokongan dan kasih sayang yang tulus. Kehadiran abah memberi kekuatan kepada kami dan kami amat berterima kasih kerana menjadi bapa yang begitu luar biasa.

Terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi dan usaha yang telah abah curahkan kepada seluruh ahli keluarga. Kami sangat beruntung mempunyai seorang bapa seperti arwah abah.

Semoga arwah abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Insyaallah. 

Selamat Hari Bapa kepada bapa terbaik di seluruh dunia.