Thursday, June 9, 2022

Melaka Mula Rancak Tetapi Tak Berdosa

Gambar sekadar hiasan

Mana-mana ranciakkkk, berdosa! 

Sesak dan padat.. Begitulah gambaran tempat pelancongan di negeri Melaka apabila tiba musim cuti sekolah. Alhamdulillah, sektor pelancongan di negeri Melaka kembali bernafas. Para peniaga jalanan, kedai makan, restoran, peniaga kraftangan, taman tema,  pusat pelancongan, pengayuh beca, hotel bajet, hotel mewah dan lain-lain pemain indutri pelancongan tentunya mendapat laba daripada musim cuti sekolah ini.

Tidak ketinggalan tempat aku bekerja. Ramai yang berkunjung. Walaupun segelintir orang berkata bahawa muzium merupakan destinasi pilihan terakhir, namun kehadiran ramai pelawat ke rangkaian muzium-muzium di Melaka membuktikan bahawa masyarakat masih lagi memandang muzium sebagai destinasi yang wajib dikunjungi. 

Sudah tentu sahaja apabila mengunjungi muzium, pengunjung dapat membawa pulang ilmu dan pengetahuan yang berguna, tidak hanya keseronokan semata-mata. Ibu bapa perlu galakkan anak-anak untuk mengunjungi muzium agar terbuka sedikit minda mereka untuk mengetahui sejarah, warisan dan kebudayaan yang terdapat khususnya di dalam negara kita Malaysia.

Jom, kunjungilah muzium.

Thursday, May 5, 2022

Salam Aidilfitri 1443 Hijrah


Rasanya masih tidak terlewat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini. Seandainya terdapat penulisan-penulisan aku yang menguris hati atau apa-apa kesalahan, sepuluh jari jemari ku susun memohon kemaafan.

Maaf zahir dan batin.

Sunday, April 17, 2022

Menikmati Tau Fu Fa di Bulan Ramadan

 


Tau Fu Fa telah menjadi menu wajib bagi aku sepanjang bulan Ramadan ini. Boleh dikatakan hampir setiap malam aku menikmati Tau Fu Fa. Selepas solat tarawih, duduk di dapur seorang-seorang sambil menikmati Tau Fu Fa. Anak-anak yang lain tak berminat, maka biasanya aku akan beli satu bekas saja untuk aku makan sendiri.

Aku beli Tau Fu Fa hanya di gerai-gerai tepi jalan sahaja. Tak pergi mencari di Bazar Ramadan.  Ada tiga hingga empat gerai yang berdekatan dengan rumah ada menjual Tau Fu Fa, semua rasanya enak. Jadi aku boleh saja memilih di gerai mana pun untuk membelinya.

Sekiranya bukan di bulan Ramadan, agak sukar nak cari Tau Fu Fa. Kalau teringin nak makan, perlu cari di pasar malam. Tapi di bulan Ramadan ni, mana-mana tempat mesti ada jual Tau Fu Fa. Senang nak jumpa.

Ada yang suka makan Tau Fu Fa?