Tuesday, June 24, 2014

BERHATI-HATI APABILA MENYEWA HOTEL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Baru-baru ni ada terlihat di facebook perihal seorang penyewa hotel telah terperasan di dalam bilik hotelnya mempunyai kamera tersembunyi. Kamera tersebut merupakan kamera jenis Clothes Hook Spy Camera.

Kejadian berlaku di salah satu hotel di Malaysia, tetapi tidak dapat dipastikan hotel apa, dan di mana hotel tersebut. Ada juga baca komen-komen yang menyatakan hotel itu, hotel ini, tapi aku tak berani nak buat pengesahan.

Sumber gambar >> KLIK <<
 * Ini bukan gambar bilik hotel tersebut

Nasib baiklah penyewa tu mengetahui tentang kamera tersembunyi itu kerana beliau pernah terperasan produk tersebut ada dijual di pasaran. Aku pun ada juga meng'google' produk ini, memang murah saja untuk memperolehinya. Di Lazada, harganya hanya RM 75.00.

 
 
Pengajarannya, berhati-hatilah sekiranya hendak menyewa hotel. Kalau boleh, semasa masuk sahaja bilik hotel, sila perhatikan setiap inci di sudut bilik hotel. Pastikan tiada apa-apa benda yang mencurigakan lebih-lebih lagi di ruang bilik tidur dan bilik air. Takut-takut nanti, aksi-aksi kita terakam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

BEKAS AIS MILO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dah lama bersunyi pasal MILO ni.. Tapi di dalam hati, mengumpul koleksi MILO masih lagi tersemat. Baru-baru ni, MILO 'buat hal' lagi. Tapi kali ni, tidaklah terlalu mahal harganya untuk mendapatkan produk percumanya.

Nak kata produk percuma tak boleh juga, pasal kena beli produk MILO baru boleh dapatkan produk tu. 

Kisahnya, aku baru mendapatkan sebuah produk MILO iaitu Bekas Ais MILO. Memang menarik potongan rupa parasnya. Apabila rakan-rakan pengumpul produk MILO letakkan gambarnya di Facebook, mulalah 'menjajau' aku mencarinya.

Cari punya cari tak jumpa-jumpa. Di AEON tiada, di Family Store tiada, di Mydin tiadas, di kedai-kedai biasa pun tiada. Akhirnya jumpa juga di pasaraya Giant. Tanpa memikir panjang, aku belilah satu.




Amacam, menarik tak? Sekali nampak dah macam tong pengangkut simen. Tapi sebenarnya, bukan hanya ia tertera gambar MILO, dibelakangnya pula ada gambar NESCAFE. Almaklumlah, MILO dan NESCAFE kan adik beradik dalam produk NESTLE.





Untuk mendapatkan Bekas Ais MILO ni, aku perlu beli 3 pek minuman MILO 3 in 1 atau NESCAFE 3 in 1. Harganya untuk 3 pek tu kira-kira RM 27.00 sahaja. Balik rumah puas jugalah aku dan anak-anak minum MILO



Friday, June 13, 2014

JANGAN LAKUKAN INI DI FACEBOOK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD SAW.



Zaman sekarang, macam-macam perkara kita nak kongsikan di Facebook. Mungkin baik bagi kita, tapi mungkin tidak baik pula bagi orang lain. Mungkin juga ia membuka peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan pada diri kita.

Setelah dibuat pemerhatian dari beberapa aspek termasuk agama, keselamatan dan sebagainya, berikut merupakan perkara-perkara yang perlu kita elakkan untuk berkongsi di Facebook :

1. Mengongsikan gambar yang tidak menutup aurat.

Aurat bukan bermaksud tidak memakai tudung, tetapi ia lebih daripada itu. Berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk badan juga adalah tidak menutup aurat. Memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek juga adalah mendedahkan aurat. 

Jadi, hindarkanlah dari mengongsikan gambar sebegini kerana yang melihatnya bukan anda sahaja, bukan rakan anda sahaja, malahan seluruh dunia boleh melihat gambar anda.

Lelaki juga harus menjaga batas auratnya, bukan sahaja untuk perempuan.

2. Jangan kemaskini status untuk meninggalkan rumah / suami tiada di rumah.

"Suami out-station seminggu, tinggal seorang je kat rumah", "bercuti ke Bali seminggu, rumah takde orang nak jaga". Tahukah bahawa status-status sebegini di Facebook mampu membuka peluang kepada orang-orang 'jahat' untuk mengambil kesempatan pada diri kita. 

Mungkin akan berlakunya kes cabul atau rogol mahupun kes pecah rumah kerana kealpaan kita sendiri memecahkan 'rahsia' keadaan rumah kita di Facebook. Jadi, hindarkanlah dari menulis status berunsur sedemikian bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

3. Jangan suka mengongsi berita / maklumat yang tidak pasti.

Sekarang ini, bermacam-macam berita / maklumat yang boleh di dapati di dalam Facebook yang dikongsikan oleh pihak tertentu. Namun, kesahihannya perlulah dipastikan sebelum kita ingin berkongsikannya.

Berkongsi berita / maklumat yang tidak benar boleh mendatangkan fitnah. Cuba bayangkan, berapa ramai yang membacanya. Bukan seorang dua, mungkin beribu-ribu orang yang membacanya dan mungkin mempercayainya. Bukankah itu satu subahat dengan menyebarkan fitnah.

Kalau orang sudah tegur jangan pula berkata "Eh, aku kongsikan aje.." Jadi, sebelum mengongsi, perlu dipastikan kesahihannya dahulu!!

4. Menghina orang lain.

Ini sudah biasa sangat terjadi di dalam Facebook, lebih-lebih lagi bagi arena politik. Perdana Menteri, Menteri, Ulama, Ustaz ramai yang dihina dalam Facebook. Bermacam-macam cara, jangan tersilap cakap saja, mesti jadi 'bahan'. 

Bayanglah di padang Masyar nanti, terdapat berbilion-bilion orang. Kelak macam mana kita nak memohon maaf kepada orang yang pernah kita hina, caci, maki, umpat di Facebook. Dalam kepanasan matahari yang begitu hampir dan dengan keadaan merangkak-rangkak, agak-agaknya berapa lama kita baru berjumpa dengan orang tersebut untuk memohon maaf.

5. Mengongsikan ayat Al-Quran / Hadith palsu.

Memang banyak orang mengongsikan hal berkaitan agama di Facebook, namun kita perlu berhati-hati dan perlu memastikan kesahihannya dulu sebelum menerima dan mengongsikan ke Facebook.

Janganlah apabila kita terima ayat Al-Quran / Hadith sahaja, kita terus kongsikan di Facebook. Sekiranya kita benar faham, bolehlah kongsikan. Sekiranya tidak, tidak perlulah dikongsikan.

Adab menuntut ilmu haruslah berguru. Kalau tidak berguru takut sesat pula nanti. Facebook juga boleh menyesatkan kerana tidak mustahil terdapat ektrimis agama lain yang cuba menjadikan Facebook untuk menyesatkan umat Islam. 

Cukuplah 5 perkara ini sahaja. Mungkin banyak lagi perkara tidak harus kita kongsikan di dalam Facebook, namun buat masa ini cukuplah hanya 5 perkara yang dapat dijelaskan. 

Kesimpulan bagi apa yang dinyatakan di sini >> FIKIR DULU SEBELUM MENULIS / MENGONGSI STATUS FACEBOOK <<