Monday, September 30, 2013

KUTIP SAMPAH PUN BOLEH DAPAT DUIT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mesti pernah mendengar, "ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan pula kita manusia". Ha, biasa dengarkan? Sebenarnya aku ingin merungkai sedikit tentang hal orang kita yang kerap memilih pekerjaan sehingga tidak bekerja dan seolah-olah mahu menunggu kerja yang datang kepadanya.

Satu hari aku terlihat satu status di dalam Facebook di mana sebuah majikan melalui wakilnya mahu mengambil pekerja dengan bayaran gajinya sekian-sekian. Namun, ramai orang kita yang seakan-akan menolak pelawaan itu dengan menyatakan bayarannya murah, kerja berat, gajinya rendah dan bermacam-macam lagi. Pendek cerita, orang kita ni nak kerja ringan tapi bergaji mahal. 

Pernah satu hari aku berborak dengan seorang kenalan yang juga seorang pengumpul dan penjual barangan lama dan barangan yang boleh dikumpul (collectible item). Kami berborak mengenai sikap sesetengah remaja-remaja yang baru tamat persekolahan yang malas untuk mencari kerja. Masih bergantung pada ibu bapa dan amat memilih kerja. Sudah tu, bila tiada duit, asyik merungut tiada duit tetapi pada hakikatnya, dia malas mencari kerja.

Sebenarnya aku amat kagum dengan rakan aku tu. Bermula dari mencari barangan di dalam tong-tong sampah, kini telah berupaya untuk membuka kedai sendiri bagi menjual barang-barang yang boleh dikumpul (collectible item) atau lebih tepat aku gelarkan sebagai barangan hobi. Kalau dilihat di Facebooknya, boleh dikatakan setiap hari ada saja orang membeli barangan yang dijualnya. Sekiranya 1 hari boleh untung RM100.00, satu bulan sudah berapa boleh dapat? Kiralah sendiri.. Kerja pun enjoy saja. Kerja sendiri, sendiri bos sendiri kuli.

Sebenarnya aku memang menggalakkan sekiranya para remaja agak sukar mencari kerja, cubalah menceburi bidang ini. Tidak kisahlah kalau perlu bermula dari bawah walaupun terpaksa mengutip sampah (barang-barang kitar semula) untuk dijual. Yang penting, ada duit untuk berbelanja dan tidak menyusahkan ibu bapa.

Tak semua orang ditakdirkan untuk berjaya di dunia. Tak semua orang ditakdirkan untuk menjadi pegawai, ahli perniagaan atau lain-lain kerja yang mewah. Kalau sudah dapat pekerjaan yang sudah boleh menyara diri dan keluarga, itu sudah cukup baik. Namun, perlu juga terus berusaha untuk memajukan diri.  


Kagum dengan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ada motivasi diri.. Rujukan gambar KLIK

Sunday, September 29, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN POPULAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Inilah aku, cerita sudah basi, baru aku nak buat cerita. Hehehe.. Sebenarnya aku lebih kepada 'wait and see'. Aku biarkan sesuatu isu berkembang pesat, barulah aku mencelah untuk membuat kesimpulan. :)

Siapa tak kenal pakcik ni, tak taulah nak kata ape...



Lihat, betapa popularnya pakcik ni sekarang disebabkan kisah.., ahh, tak perlulah cerita, pasti semua sudah tahu.

Sebenarnya aku taknak cakap bahawa pakcik ni betul 100% atau isteri M** Y* tu salah 100% kerana kitapun tidak tahu menahu sebab musabab kisah yang sebenar-benarnya. Tahu-tahu kita disajikan dengan video berdurasi pendek, di mana isteri M** Y* sedang berlawan mulut dan memaki hamun pakcik tersebut.

Rata-rata kita menyokong pakcik tersebut apabila beliau dimaki hamun oleh seorang wanita. Berikutan usia pakcik tersebut agak berumur, justeru ramai warga kita yang amat tersinggung dengan perbuatan itu dan terus menghukum wanita tersebut sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak hormat orang tua. 

Akibat daripada provokasi melampau dengan kata-kata kejian, dilihat pakcik tersebut hilang kawalan dan seakan-akan menyerang wanita tersebut. Namun dikhabarkan, pakcik tersebut yang kena tendang.

Beberapa hari yang lalu kedengaran pula berita saman-menyaman akan berlaku. Masing-masing membuat laporan polis untuk memanjangkan isu ini ke mahkamah. Terbaru, isteri M** Y* pula dikhabarkan telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia. Eh, tapi kenapa bukan pada pakcik tu erk?

Apa-apapun, apa yang dapat disimpulkan dan apa yang perlu kita pelajari ialah :

1. Perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain seperti pepatah Yang Tua Dihormati, Yang Muda Dikasihi.

2. Jangan membuat provokasi yang melampau, akibat nanti buruk padahnya. Kata-kata kejian dan makian perlulah kita hindarkan dari pertuturan kita.

3. Bersabar, bersabar dan bersabar. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W tetap bersabar walaupun dilempar tahi dan batu oleh musuhnya. Kalau kita dapat mengikuti sifat sabar ini, sudah cukup baik.

4. Bermaaf-maafan antara satu sama lain dan jangan dipanjang lebarkan sesuatu perkara sehingga mendatang kebencian mana-mana pihak.

Sumber gambar : Google Image

Saturday, September 28, 2013

KE MANA PERGINYA GAMBAR-GAMBAR?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Tengah hari tadi aku ada terima email notification dari blog PCL yang memaparkan komen tentang gambar-gambar di blog aku tiada walaupun berkali-kali beliau refresh. Aku tak ambil port sangat kerana aku fikirkan ianya adalah masalah teknikal yng sementara.


Beginilah nasib blog aku sekarang. Rasanya kira-kira 800++ gambar yang terkandung dalam blog ini telah hilang, yang ada hanyalah gambar no entry seperti gambar profil aku dalam ruangan komen di atas.

Sebenarnya aku tak berapa pasti kenapa boleh jadi macam ni. Tetapi baru-baru ini di dalam ruangan picture folder di dalam telefon bimbit aku ada folders bagi gambar-gambar dengan tajuk fairus.com. Gambar-gambar tu aku tak pasti mana datangnya, tiba-tiba ada saja folder itu dalam telefon bimbit aku.

Dengan jumlah gambar-gambar yang banyak, ia agak 'memberatkan' telefon bimbit aku, jadi malam tadi aku telah memadamkan satu folder bertajuk fairus.com yang mempunyai kira-kira 800++ gambar. Nak memadamkannya pun mengambil masa yang agak lama.

Jadinya, sekarang di blog aku ni sudah banyak gambar-gambar yang hilang. Tak tau lagi mana nak dicarinya. Kalau nak masukkan semula gambar-gambar tersebut satu-persatu memang tak danlah. So, aku biarkanlah sahaja. 

Nasib baiklah aku tak padam lagi beberapa folders yang tertulis fairus.com. Kalau tidak, memang lenyap segalanya gambar-gambar yang ada dalam blog aku ni.

Kenapa ye boleh jadi macam ni? Macam mana folders gambar-gambar blog aku boleh terdapat di picture folders di dalam telefon bimbit aku? Macam mana pula nak buatkan supaya gambar-gambar di blog tidak terus masuk dalam picture folders. Siapa yang mahir tolong bantu ya...