Thursday, February 23, 2012

MENGEJAR BAYANG : I LOVE SCOTLAND






Hehe.. Sebenarnya bukan sayang sangatpun dengan Scotland. Tidak pernah jejak kakipun. Cuma bayang-bayang di atas sekiranya diwarnakan dengan warna biru dan putih secara berselang pasti akan menyerupai bendera Scotland.

Ada satu cerita pasal Scotland untuk dikongsikan di sini. Ada orang yang mengatakan bahawa Melayu itu asalnya dari Scotland! Eh, boleh percaya ke? Iyalah, lihat sahaja pakaian tradisional orang Scotland (lelaki bermain "bagpipes") pasti akan memakai kain bercorak kotak-kotak hingga ke paras lutut. Tidakkah itu seperti lelaki Melayu memakai sampin?

MENGEJAR BAYANG

Wednesday, February 22, 2012

MILO DATANG LAGI





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Milo datang lagi, yeaahhh..! Kali ini saya telah membeli alatan tulis MILO yang saya belinya dari Mudah.my. Sebenarnya dalam bulan lepas rasanya saya membelinya, tetapi baru sekarang berpeluang untuk dipaparkan di dalam blog ini.

Jadi, tidak mahu cakap banyak, layan sajalah gambar koleksi alat tulis MILO yang baru saya miliki ini. Layaaaaannn...

Pensil Warna MILO

Krayon MILO

Alat Tulis MILO (pembaris, pemadam dan pensil)

Friday, February 17, 2012

MENGEJAR BAYANG : HORMATI BENDERA

Bukan susah untuk menghormati bendera. Naikkan di atas tiang dan berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dimainkan. Jangan ada yang masih duduk buat tidak tahu semasa lagu dan bendera dinaikkan. Jangan ada yang terbalikkan bendera. Dan jangan ada yang "terlampau pandai" dengan membakar bendera.