Tuesday, January 31, 2012

RUMAH DEMANG ABDUL GHANI @ PENGHULU MAT NATAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Hari ini saya mahu mempromosi dan mewar-warkan sebuah galeri terbaru yang dibangunkan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Di harap kepada semua penyelidik dan pengunjung dapat sedikit maklumat seterus melawat galeri ini yang sememangnya unik dari segi seni binanya. 

Rumah tradisional ini dipercayai telah didirikan oleh Demang Abdul Ghani bin Penghulu Abdul Majid, seorang hartawan yang keturunannya berasal dari Palembang pada tahun 1831. Penghulu atau Demang merupakan 'Raja Kecil' dan amat dihormati pada waktu itu. Rumah ini merupakan pusat pentadbiran kampung dan sering digunakan sebagai teempat perjumpaan bagi membincangkan hal ehwal masyarakat.

Tiga generasi penghulu pernah mendiami rumah ini iaitu Penghulu Abdul Majid (1831-1834), Demang Abdul Ghani bin Abdul Majid (1834-1934) dan Penghulu Mat Natar bin Abdul Ghani (1931-1978).

Erm.. Cukuplah saja sedikit maklumat yang diberikan. kalau mahu maklumat lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke Galeri Demang Abdul Ghani ini di Merlimau, Melaka dengan bayaran semurah RM 3.00 untuk dewasa dan RM 1.00 untuk kanak-kanak.

Monday, January 30, 2012

VAN MINI MILO... MEMANG TERBAIK




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Benda yang diimpi-impikan telah sampai kepangkuan saya. Apa benda tu? Sudah tentulah koleksi Van Mini Milo. Dulu masa dia buat promosi, saya hanya berjaya menebus 2 buah Van Mini Milo yang bersaiz besar, sekarang saya baru membeli satu set (6 buah) Van Mini Milo yang bersaiz kecil. Huh, barulah terasa lengkap sedikit.

Saya membelinya di Muday.my. Memang hari-hari saya mengintainya, dan-dan pada satu hari saya dapati ada seorang penjual mahu menjualnya dengan harga yang sedikit murah berbanding yang lain, jadinya saya teruslah membelinya. Selepas ini, saya mahu melengkapkan koleksi Van Mini Milo yang bersaiz besar pula yang masih kurang empat unit.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar koleksi Van Mini Milo untuk tatapan bersama : )

Lihat juga koleksi barangan Milo di sini :


Van Milo 1950-an

Van Milo 1960-an dan 1970-an

Van Milo 1980-an

Van Milo 1990-an

Van Milo 2010

Van Milo 2011

Thursday, January 26, 2012

KATA SPONTAN NO. 3 : AAMINN KE AAAAAAAAAAAAMINN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Esok hari Jumaat kan? Jadinya pasti ramai kaum-kaum Adam akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Dalam solat berjemaah ini, bacaan Al-Fatihah akan dibaca nyaring dan akan diakhiri ayat AMIN oleh imam dan akan disahut oleh para jemaah yang lain.

Namun, adakah ayat AMIN tersebut harus disebut AAMINN atau AAAAAAAAAAMINNNNN? Sekali saya teringat pada suatu ceramah yang saya pernah dengar dahulu yang bunyinya sedikit kurang lebih begini :

"Kebanyakan antara kita apabila bersolat jemaah di masjid akan menyahut AMIN dengan menyebut AAAAAAAAAMINNNNN. Kenapa perlu dipanjangkan ALIF itu, sedangkan panjang ALIF hanyalah 2 harkat. Sepatutnya kita hanya menyebut AAMINN."

Apa yang saya dengar, itulah saya praktikan sehingga ke hari ini. Namun sehingga kini, mana-mana masjid yang saya hadiri pastinya makmumnya akan menyahut AMIN dengan AAAAAAAAAMINNNNN. Kadangkala terfikir, adakah ustaz yang meyampaikan pesanan itu tidak sampai lagi ke masjid-masjid lain?