Monday, October 31, 2011

PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA ASTRO





Kat rumah memang ada Astro tapi tak ambil channel Warna. Nak tengok Maharaja Lawak Mega mesti kena ada Warna, namun macam biasalah, cari di You Tube, ada pulak. Jadinya dapatlah menonton Maharaja Lawak Mega ni walaupun tidak dapat lihat secara langsung.

Dari pemerhatian di minggu yang pertama ini, boleh dikatakan bestlah juga. Terdapat beberapa peserta yang menyerlah dan ada juga yang "lemau" saja lawaknya. Nak ketawa tak boleh, kalau tak ketawa nanti kesian pulak.

Apa-apapun, pada sesiapa yang belum kenal lagi peserta Maharaja Lawak Mega ni, bolehlah tengok di bawah ni. Terdiri daripada peserta 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Disertakan juga rating mengikut kehendak peribadi aku :

"CUKUPLAH"

"BOLEHLAH"

"CUKUPLAH""

"BOLEHLAH"

"BOLEHLAH"

"BOLEHLAH"

"DAPATLAH"

"BOLEHLAH"

"DAPATLAH"

"BOLEHLAH"

"BOLEHLAH"

"DAPATLAH"

"BOLEHLAH"

"BOLEHLAH"

"CUKUPLAH"

"BOLEHLAH"

"CUKUPLAH"


PENUNJUK RATING

Alhamdulillah : A
Bolehlah : B
Cukuplah : C
Dapatlah : D
Entahlah : E
Fail-lah : F

(Ps : Rating dibuat secara peribadi berdasarkan persembahan minggu yang pertama. Harap persembahan mereka lebih baik di minggu-minggu yang akan datang)

Sumber gambar : Astro

Wednesday, October 26, 2011

CULINARY.... I LIKE....





Jangan pelik kalau aku katakan aku suka dan minat memasak tetapi aku tidak pandai memasak. Pelik Tak? Sampai la sekarang, minatnya ada tetapi tiada anjakan yang membolehkan aku memasak. Setakat memasak yang ringan-ringan tu tahulah sedikit-sedikit.

Teringat dulu masa lepas SPM, ada minta sambung belajar seni kulinari tetapi tak dapat. Last-last sambung ambil STPM dan ambil ijazah dalam jurusan lain. Tak terfikir pula nak ambik seni kulinari dulu, kalau tak, silap-silap sekarang dah jadi chef kat hotel atau restoran sendiri. :)

Kalau duduk di rumah tiada benda lain nak buat pastinya aku akan menonton saluran kegemaran iaitu Asian Food Channel (AFC)

Memang suka tengok makanan-makanan yang disediakan. dengan seninya yang menarik dan nampak sungguh lazat. Rancangan yang biasa ditonton di saluran AFC seperti Hells Kitchen, Restaurant Makeover, Lincence To Grill dan banyak lagi.

Chef Ramsay yang mega garang!!!

Tukar restoran dengan rekabentuk yang baru...

Pak Itam yang master dalam grill menggrill...

Baru-baru ini di Astro Ria juga ada membuat satu rancangan masakan iaitu MasterChef Malaysia, pergh.. memang hari-hari mengadap televisyen. Hehe.. Suka sangat (Hahaha... Cam pondan je). Memang best la MasterChef ini, peserta dari pelbagai latar belakang dan bukannya terdiri dari chef sendiri. Ada yang bekerja sebagai pengurus, pesara tentera, jurulatih peribadi dan ada juga penoreh getah serta penuntut IPT.


Memang dari mula-mula iklan mengenai MasterChef Malaysia ni aku sudah teruja sangat. Memang tak sabar nak menantikan rancangan ini. Dan setelah beberapa hari menonton rancangan ini, ia sememangnya rancangan yang menarik.

Yang ni pula antara koleksi majalah yang aku ada, iaitu Majalah Saji yang memaparkan pelbagai resepi dari dalam dan luar negara. Buat masa ini, just baca-baca sahaja, tapi belum try memasak lagi.


Apa yang aku boleh masak yang inilah saja. Konon-kononnya ala Barat la ni... :)

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hehe... Semua instant.. Just goreng saja... Susun bebaik nampaklah sikit macam culinaries art... Manalah tahu suatu hari nanti, dah bosan kerja atau lepas pencen boleh buka restoran pulak... :p

Monday, October 24, 2011

ALL BLACK FOREVER





Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan New Zealand (All Black) kerana berjaya menewaskan Peranchis di perlawanan akhir Piala Dunia Rugbi 2011 baru-baru ini sekaligus menjadi juara pada tahun ini.

Jom layan Haka Dance dari All Black