Wednesday, October 27, 2010

TAMATLAH RIWAYAT SOTONG PAUL

Paul the "bomoh"

Tak ku sangka, sotong bernama Paul yang dikatakan sangat "ong" yang boleh meramalkan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang lalu telah mati dalam aquarium tempat tinggalnya di Jerman. Ingatkan keballah sotong ni sampaikan tak boleh mati. Iyalah, sotong bomoh la katakan. Takziahlah kepada pemilik sotong terbabit. Kalau tahu nak mati tu kenapalah tak terus ambil dan buat Sotong Goreng Tepung, pasti lazat. Agak-agaknya binatang apalah pulak penganti Paul sebagai peramal bola sepak Piala Dunia akan datang.

Paul the "sotong goreng tepung"

Gambar : Ehsan "Google Image"










PENGALAMAN BERSAMA MAYBANK2U


Perbankan melalui talian telah lama diperkenalkan oleh syarikat-syarikat bank yang terdapat di Malaysia. Bagi aku yang gaji melalui melalui Bank Maybank agak selesa dengan sistem perbankan internetnya iaitu Maybank2u.com. Sudah lama aku menggunakan perkhidmatan ini dan ia begitu memudahkan segala urusan pembayaran.

Pengalaman aku menggunakan Maybank2u.com adalah bermula pada tahun 2006 lagi. Dengan perkhidmatan yang tersedia aku kebiasaannya akan menggunakan perkhidmatan ini untuk membayar bil air dan eletrik, membayar bil Astro, bayar bulanan kereta, bayar pinjaman PTPTN, membeli top up kredit dan juga memindahkan wang pada akaun lain.

Bagi aku, perkhidmatan ini memang berbaloi dan menjimatkan masa dan ruang, di mana dengan satu klik sahaja aku boleh menyelesaikan segala pembayaran tanpa beratur di kaunter, tanpa menunggu mendapatkan parkir mahupun bersesak-sesak di suatu tempat.

Bagi yang belum pernah menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian, aku sarankan agar menggunakan perkhidmatan ini. Bukan aku nak promote Maybank, tapi mana-mana bank pun boleh dan ada perkhidmatan seperti ini. Jadilah pengguna yang bijak.

Bagi yang baru-baru nak cuba tu, pastikan transaksi dibuat dengan teliti dan betul. Jangan layan segala email dari mana-mana pihak yang memahukan kata laluan dan nombor pin anda, takut-takut duit kita pula yang kena kebas nanti. Yang pastinya, kalau kita ikut segala arahan yang ditetapkan, insyaallah segalanya selamat.

Akhir kata, buat apa nak bersusah-susah kalau dah ada yang boleh menyenangkan.

Gambar : Ehsan "Google Image"





Monday, October 25, 2010

ELAK DIRI DINODAI

Sabtu lalu (23 Oktober 2010) jabatan tempat aku bekerja telah mengadakan satu kursus motivasi. Banyak informasi dan kesedaran dapat diperolehi sehinggakan anak-anak dan ibu bapa yang menghadiri kursus tersebut mengalirkan air mata.


Satu topik yang mahu aku kongsikan dari kursus tersebut ialah perihal anak-anak perempuan yang sedang meningkat umur. Mereka ini sering terdedah dengan pelbagai pergaulan, ingin bercinta dan menyintai, sifat ingin mencuba, beremosi dan sebagainya.


Yang ingin aku terangkan ialah tentang pergaulan bebas anak-anak perempuan masa kini dengan lelaki yang layak digelar "jantan". Anak-anak perempuan seharusnya mengelak dari dirinya dinodai oleh si "jantan" kerana lelaki yang ikhlas pastinya tidak akan menyentuh atau mengambil kesempatan kepada anak-anak perempuan yang sedang meningkat umur.


Bagi anak-anak perempuan, jadikanlah dirimu seperti buah durian, di mana isinya memang enak dimakan tetapi kulit yang berduri menyukarkan ianya dibuka. Maksudnya di sini ialah anak-anak perempuan haruslah berkeras dengan pujuk rayu si "jantan" agar dirinya tidak dinodai. Haruslah diingat wahai anak-anak perempuan sekalian, keseronokannya hanyalah sekejab semata-mata tetapi akibat daripada keseronokan itu amatlah berat ditanggung.


Ibubapa juga harus tegas dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Bak kata penceramah motivasi tersebut, biarlah anak kita menangis sekarang supaya kita menangis di kemudian hari.


Sekali lagi ingin ditegaskan, jagalah diri wahai anak-anak perempuan, jangan biarkan dirimu dinodai sewenang-wenangnya. Jangan biarkan teman lelakimu menyentuh tubuhmu walau memegang tangan sekalipun. Ingat! Jadilah diri seperti buah durian.




* Video sekadar hiasan