Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Saya bukanlah seorang peminat K-Pop. Bukan juga peminat tegar muzik. Juga bukanlah pengemar hiburan. Saya cuma menjadi pemerhati dan membuat penilaian sendiri tentang kewujudan fenomena
Gangnam Style yang menghantui dunia hiburan masa kini.
Ada pihak yang menganggap kewujudan
Gangnam Style ini adalah suatu yang negatif. Dengan tariannya yang ntah apa-apa, wanita menari-nari dan berpakaian seksi dan pelbagai andaian negatif lagi.
Namun, cuba kita fikirkan di dalam aspek positif. Ada ke positifnya?
Pada pendapat saya ia boleh menjadi sebagai media
PROMOSI bagi sesuatu tempat seperti negeri atau negara. Kita dapat lihat daripada fenomena
Gangnam Style ini, ramai juga yang telah menghasilkan video
"parody" yang masing-masing turut menari seperti video
Gangnam Style dan seperti
MEMPROMOSIKAN negeri atau negara masing-masing.
Kalau Gangnam itu bermaksud suatu tempat yang terdapat di Korea, video-video
parody Gangnam Style pula masing-masing mempromosikan negeri dan negara seperti Singapore Style, Sabah Style, KL Style, Malaysia Style, malahan terdapat juga negara-negara Barat.
Sekiranya video asal
Gangnam Style mampu mencapai hit sehingga 11 juta penonton di You Tube, video-video
parody yang lain berkaitan
Gangnam Style juga mendapat hit yang tinggi. Justeru, saya memikirkan ianya boleh dijadikan sebagai
PROMOSI bagi satu-satu negeri atau negara, yang mungkin sebelum ini kurang dikenali masyarakat dunia. Dengan adanya video-video
parody ini secara tidak langsung ia
MEMPROMOSIKAN sesuatu tempat dan mungkin menjadi tarikan dalam industri pelancongan.
Kebiasaanya, dalam bidang pelancongan, usaha untuk
MEMPROMOSIKAN sesuatu negeri bukanlah mudah. Kos untuk mengiklan juga adalah tinggi dan mungkin mencecah jutaan Ringgit. Bagi mereka yang kreatif, mungkin dengan cara membuat video
parody Gangnam Style dengan cara tersendiri pastinya akan mendapat tempias populariti.
Kalau Melaka, saya cadangkan buat video
parody OH MELAKA STYLE dengan penari-penari menari dengan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan bersejarah dan lokasi tarikan utama. Penari pula berpakaian tradisional Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chitti dan Potugis. Lagu
Gangnam Style tetapi tariannya tarian tradisional.
Mungkin ada yang tidak bersependapat dengan saya, namun apa yang saya lihat, kita harus mengambil kesempatan di atas kepopularitian
Gangnam Style untuk mempromosikan negeri atau negara secara percuma melalui
You Tube.