Showing posts with label ustaz. Show all posts
Showing posts with label ustaz. Show all posts

Monday, May 21, 2012

KENALI SIAPA USTAZ DON


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak lambat saya mengenali Ustaz Don atau nama sebenarnya Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid. Walaupun sering terperasan melalui Blog mahupun Facebook, namun ia hanya sebagai angin lalu. Pandang seimbas, baca kurang lebih, lepas itu hilang dari ingatan. Tetapi, kenallah juga rupa paras beliau.

Malam tadi, kerana tidak berbuat apa-apa disebabkan anak beranak masing-masing sibuk dengan hal sendiri, isteri menperdengarkan anak dalam kandungan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran melalui telefonnya, Si anak, Muhammad Fahim pula melekat dekat laptop dengan Upin Ipinnya, lalu saya menekan siaran Al-Hijrah yang kebetulan rancangan 30 Minit Ustaz Don baru bersiaran.

Terpacak. Tidak berganjak. Leka dengan celoteh dan kebaikan-kebaikan yang sedang disampaikan oleh Ustaz Don. Dalam hati, "bilalah aku nak jadi macam Ustaz Don ni"?.

Rasa rugi tidak mengikuti rancangan Ustaz Don dari awal. Kebetulan pula, saya menonton malam tadi bagi episod yang ke-100. Maksudnya sudah 99 episod saya rugi tidak menonton rancangan beliau. Erm.. Tidak mengapa, lepas ini masih boleh menonton di You Tube dan juga mengikuti episod-episod yang seterusnya.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Ustaz Don ini, saya telah meng"google" bagi mendapatkan sedikit latar belakang beliau, dan inginlah saya berkongsi di sini bagi mereka yang baru nak tahu macam saya... :

PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir / Taraf pendidikan saja sama, tapi saya jurusan lain

STATUS : Bujang / Tak sama... Saya sudah berkahwin. Anak satu

PEKERJAAN : Pensyarah Muda dan Pendakwah Bebas / Saya kerja jaga artifak muzium dan bloggers babas.. :)

BERAT BADAN : 56 Kilogram / Saya 65 Kilogram. Terbaliklah pula

TINGGI : 171 Sentimeter / Wow.. Itu ketinggian Mat Saleh. Saya 165 saja

ASAL : Bukit Mertajam, Pulau Pinang / Melaka Bandaraya Bersejarah. Melaka Bandaraya Warisan Dunia :)

TARIKH LAHIR : 14 November 1984 / Cukuplah sekadar saya katakan 25 Julai dan saya tua daripada beliau, tapi ilmu dia lagi tinggi...

NAMA SEBENAR : Don Daniyal bin Don Biyajid / Saya seperti nama di URL Blogspot, Fairus bin Mamat :)

Rasa pelik tak? Biasanya kalau tulis biodata, nama mesti di atas, ini tidak, nama di bawah sekali. Bukan, itu bukan pelik, tapi namanya kreatif.. Hehehe.. ;p

Ada yang masih belum kenal rupa Ustaz Don? Okey, di sini saya sertakan gambar Ustaz Don untuk tatapan bersama.

Haa... Inilah Ustaz Don.. Ops.. Ops.. Maaf salah gambar. Ini Pakcik Gedek. Maaf ye Pakcik, jangan marah, senyum sikit. Takpe-takpe, saya bagi "backlink" baik punya buat Pakcik.

Inilah Ustaz Don Yang sebenar-benarnya


Ini pula gambar Ustaz Don tanpa serban. Sungguh segak dan bergaya.

Sumber gambar : Google Image

Friday, December 24, 2010

TARIK DUIT

Tarik duit... Ada ke yang mempercayainya? Aku secara peribadi memang tak percaya benda-benda macam ni. Tapi tak tau la pula pendapat orang lain. Aku memang tak pernah pun dengar cerita yang benar-benar dari mulut orang yang pernah berpengalaman dalam kegiatan tarik duit. Tapi dalam minggu ni aku ada pengalaman berjumpa dengan dua orang yang berlainan yang bercerita tentang aktiviti tarik duit.





Situasi pertama, ada seorang kenalan yang berpelajaran sehingga PhD bergelar Dr. sedang berbual dengan aku pasal kerja. Tiba-tiba ada seorang kenalan dia call mengatakan dia telah dikenalkan dengan seseorang dari negara Arab yang pandai tarik duit. Tetapi Dr. tu pesan pada member dia tu agar tidak mempercayainya kerana itu adalah satu penipuan.

Situasi dua, seorang kenalan aku bergelar ustaz telah bercerita pengalaman dia pergi tarik duit di suatu tempat (dirahsiakan), tetapi akhirnya dia tidak membabitkan diri kerana berpendapat ia tidak benar. Tetapi dia ada menyatakan bahawa kawannya juga seorang ustaz telah ditipu belasan ribu ringgit gara-gara aktiviti tarik duit.

Nak tahu modus operandinya? Melalui apa yang dicerita oleh Dr. dan ustaz tadi, modus operandinya sama sahaja. Mula-mula suatu ritual dijalankan. Kemudian duit yang "ditarik" itu benar-benar ada dan keluar dalam suatu bekas. Memang nampak, dan begitu banyak. Tapi sebelum dapat mengambil duit tu, orang yang nakkan duit tu perlu memberikan sejumlah wang yang agak banyak untuk dicampur dan digaulkan dengan duit-duit "ditarik" tadi dan perlu menunggu dalam beberapa hari yang ditetapkan untuk mengambil duit tersebut. Setelah hari yang dijanjikan telah tiba, duit dengan orang yang menarik duit lesap entah kemana. Alamatnya, kena tipu la tu.

So, moral of the story, janganlah percaya sangat dengan benda-benda yang pada pendapat peribadi aku sebagai benda karut. Kalau betul orang tu pandai tarik duit, kenapa dia tak tarik duit untuk diri dia sahaja. Dah banyak duit sedekahkan pada orang yang memerlukan.

Satu lagi moral, simpan sahajalah duit gaji tu. Jangan bazirkan dan tertipu dengan benda-benda macam ni. Penat kerja untuk dapatkan duit, dah dapat kena tipu pulak.. Baik simpan saja duit dalam bank atau masuk dalam akaun pelaburan.., lagi selamat.