Showing posts with label ucapan takziah. Show all posts
Showing posts with label ucapan takziah. Show all posts

Monday, April 14, 2025

Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia


Negara kehilangan seorang tokoh besar yang pernah menerajui Malaysia sebagai Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi di tarikh 14 April 2025. 

Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Tun Abdullah dikenang sebagai seorang pemimpin yang tenang, berhemah dan berpegang kepada prinsip Islam Hadhari dalam pentadbirannya. Sumbangan beliau dalam memperkukuh pentadbiran awam dan memperjuangkan integriti serta perpaduan nasional akan sentiasa terpahat dalam lipatan sejarah negara.

Al-Fatihah.

Friday, April 28, 2023

Mael XPDC Meninggal Dunia


Innalillah wainna ilaihi rojiun. 

Tanggal 27 April 2023, Khamis malam Jumaat merupakan hembusan nafas terakhir Mael XPDC atau nama sebenarnya Syed Ismail Syed Ibrahim. Beliau meninggal dunia di Hospital Muar kira-kira pada jam 9.30 malam. Dikhabarkan beliau mengalami penyakit asma yang kronik. 

Aku antara peminat Mael dan XPDC yang mengikuti lagu-lagu mereka berentak metal sejak di bangku sekolah lagi. Masih segar sehingga kini lagu-lagu Mael dan XPDC yang tiada galang gantinya. Masih teringat suatu ketika dahulu, belajar bermain gitar juga dengan lagu-lagu XPDC. 

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 

Al-Fatihah 

*****

Aku dan Sesuatu 

Ditelan pahit 
hendak ku buang terasa sayang
engkau bermadu 
hendak ku minum engkau beracun. 

Kau bisa hingga punah ranah
dan mati akan diriku 
kau kebumikanlah aku di sini....