Showing posts with label tv3. Show all posts
Showing posts with label tv3. Show all posts

Wednesday, August 23, 2023

Masuk Majalah 3 Pulak!

Baru sahaja semalam terlibat dengan penggambaran untuk rancangan di RTM, hari ini pun ada penggambaran lagi, kali ini untuk TV3 pula. Penggambaran ini adalah untuk rancangan Majalah 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Bergambar kenangan bersama penerbit Majalah 3, Asyraf Naqiuddin

Macam biasa. Apabila bos sudah arahkan untuk membantu, aku patuh pada arahan. Barangkali bos-bos semua sibuk, jadi aku yang bukan bos ni perlu menghadapi situasi ini iaitu di temuramah oleh stesen televisyen. 

Temuramah kali ini melibatkan hal-hal berkaitan perpaduan antara kaum di Melaka khususnya Melayu, Cina dan India dengan menelusuri kembali keeratan perpaduan di zaman Kesultanan Melayu Melaka, migrasi kaum sehingga berlaku asimilasi budaya dan warisan bersama penduduk asal semenanjung Tanah Melayu dan lain-lainnya. 

Nanti, jangan lupa menonton rancangan Majalah 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi bersempena Sambutan Hari Kebangsaan negara tahun 2023 ini. 

Lihat juga :




Gembira dapat berkenalan dengan individu dari berlainan disiplin pekerjaan

Tuesday, August 16, 2011

AKU BUKAN FIFI FAIRUZ FUYOO!!!

Hehe.. Siapa tak kenal Fifi Fairuz Fuyoo angkat tangan... Sebenarnya nama kitorang je yang sama, tapi orangnya lain-lain. Kalau nak kenal siapa Fifi Fairuz Fuyoo, lihat gambar di bawah ni.


Ha.. Ni la sebenarnya Fifi Fairuz Fuyoo, pengacara rancangan Edisi Khas di TV3. Memang terbaik dan lawaklah cerita ni. Nak-nak si Johan ni yang mengacaranya. Aku ni, masa dia memperkenalkan nama dia Fifi Fairuz Fuyoo tu pun dah lawak dah. Dah boleh buat aku ketawa terbahak-bahak.

Kalau siapa yang belum layan lagi cerita Edisi Khas ni, aku cadangkanlah korang tengok sama. Bagi aku, ianya lawak. Tapi kalau korang kata tak lawak tak tahulah pulak.

Kalau nak tengok cerita ni, ianya ditayangkan pada setiap hari Selasa bermula pada pukul 10.00 malam di TV3.

(Ps : aku bukan pasal apa buat entry ni, cuma rasa kelakau sangat dengan nama FIFI FAIRUZ FUYOO... Hahahaaha) :p





Monday, January 10, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU ATAU JUARA PERSEMBAHAN?

Tengok tak Anugerah Juara Lagu Ke 25 (AJL25) malam tadi? Artis-artis yang bertanding memang hebat-hebat belaka. Nyanyian yang hebat, persembahan pun hebat-hebat juga.

Namun apa yang menjadi masalah kepada aku ialah, ini juara lagu ke atau juara persembahan? Macam-macam persembahan yang terlalu berat hingga nampak sarat mata memandang. Ada yang dengan silap matanya, ada yang terbang, ada yang berlakon, berpuisi dan macam-macam lagilah sampai tak tahu nak dengar nyanyian ke atau nak lihat persembahan.





Bukan tahun ni saja, tahun-tahun yang lepas juga sama sahaja. Aku rasa lebih baik TV3 memansuhkan kategori persembahan terbaik kerana kebanyakan mereka lebih terfokus kepada persembahan berbanding nyanyian. Adalah lebih baik anugerah seperti ini menitikberatkan nyanyian, lagu dan bukannya persembahan. Kalau nak buat persembahan, elok dilakukan pada konsert sendiri.