Showing posts with label tutup botol. Show all posts
Showing posts with label tutup botol. Show all posts

Friday, November 1, 2013

KUMPUL TUTUP BOTOL (PART 2)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hai!! Lamanya tak kemaskini blog. Agak sibuk dengan urusan tugasan harian disamping sedang merencana pembukaan Butik Chenta Creative HIJAB.

Dalam diam tak diam, dapat pula aku siapkan projek TUTUP BOTOL yang sedang aku kerjakan ini. Kalau nak ikutkan, benda ni buatnya sekejab saja, tapi nak mencari nak mengumpul penutup botol yang agak payah. 

Tapi ianya 95% saja yang siap pasal belum dibingkaikan lagi. Dah siap bingkaikan nanti, akanku war-warkan lagi di sini.. :)

Jom layan...

Penutup botol baru dan lama...

Sudah penuh...

Penutup Tropicana pun ada 2 penutup yang berbeza..

Amacam! Ok tak?

Sunday, October 13, 2013

KUMPUL TUTUP BOTOL


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau dulu botol minuman banyak menggunakan botol kaca dan penutup botolnya diperbuat dari besi / aluminium, kini botol-botol minuman menjalani evolusinya yang tersendiri dengan berubah kepada botol-botol plastik dan penutupnya juga diperbuat dari plastik.

Kanak-kanak dahulu suka mengumpul penutup minuman untuk dijadikan permainan 'tutup oren', namun kini ia agak jarang dimainkan, bahkan ia terus dilupakan.

Permainan tutup oren.. Siapa pernah main? Rujukan gambar KLIK

Akibat dari terpengaruh dengan seorang brader ni, aku pun mula mengumpul penutup botol. Mungkin beliau sudah lama mengumpul penutup botol kerana terdapatnya penutup-penutup botol yang lama dalam koleksi beliau, sedangkan koleksi aku hanyalah penutup-penutup botol keluaran terbaru.

Namun aku berpegang kepada "tiada lama, tiadalah baru dan yang baru sudah tentu akan jadi lama". Oleh itu, aku kumpulkan saja mana yang aku mampu untuk kumpul. Aku percaya, mungkin suatu hari nanti, perubahan demi perubahan pasti akan berlaku pada pembuatan penutup botol. Contohnya, botol minuman 100+, sekarang tidak lagi mencetak jenamanya di penutup botol sebaliknya penutupnya hanya putih sahaja. 

Adakah selepas ini, jenama-jenama lain akan menjejaki langkah 100+? Kalau ya, maka tiadalah lagi warna-warni penutup botol yang memaparkan jenama mereka di atas penutup botol. Atau mungkinkah selepas ini tiada lagi penggunaan botol plastik pada minuman sebaliknya hanya menggunakan kotak tetrapek bagi menggalakan GO GREEN. Siapa tau kan...?

Jadi, sebelum apa-apa berlaku pada evolusi penutup botol, elok rasanya mula dikumpul dari sekarang.. Jom kumpul!! :)




Baru ini sahaja yang ada. Selepas petak-petak habis dipenuhi penutup botol, aku akan hantar ke kedai untuk membingkaikannya. Selepas tu, terus akan buat lagi pada lembaran yang baru. 

Kalau rajin bolehlah buat carian di Google dengan kata kunci "Bottle Cap", korang boleh lihat betapa penutup botol antara benda yang dikumpul oleh orang Barat dan dijadikan sesuatu yang amat kreatif.

Wednesday, August 21, 2013