Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam dua minggu yang lepas, taman tempat tinggal saya ini telah menerima tong sampah yang baru yang disumbangkan oleh syarikat Southen Waste Management. Sebenarnya, bukan untuk taman perumahan tempat saya tinggal sahaja, tetapi semua taman perumahan di Melaka menerimanya.
Tong sampah yang baru ini lebih besar dan beroda berbanding tong sampah berwarna hitam yang biasa digunakan di mana-mana taman perumahan. Semasa menerima tong sampah tersebut, ada juga borang yang perlu diisi dan terdapat syarat-syarat tertentu seperti perlu menggunakan tong sampah tersebut dan bukan lagi tong sampah yang lama, kena denda sekiranya tong sampah tersebut rosak atau hilang dan sebagainya. Namun, sehingga kini saya masih belum menggunakannya.
Apabila tong sampah tersebut masih belum digunakan dan diletakkan di dalam pagar rumah, jadi ianya telah menjadi bahan mainan si Muhammad Fahim. Seperti yang saya sebutkan di tajuk entri ini, bukan niat saya untuk membuang anak tetapi dia yang pandai-pandai nak main dalam tong sampah. Aduhai anak....
Errmmmm Cak!! |
Apa tengok-tengok?? |
Hai.. Nama saya Muhammad Fahim
|
(Ps : Perangai Muhammad Fahim semakin menjadi-jadi sejak nak dapat adik baru)