Showing posts with label tolong. Show all posts
Showing posts with label tolong. Show all posts

Monday, January 3, 2011

JAGALAH TEPI KAIN ORANG

Selama ni kita asyik berkata supaya jangan jaga tepi kain orang. Apakah benar kita tidak boleh jaga tepi kain orang, sedangkan dalam Islam menggalakan kita saling tolong menolong dan saling nasihat menasihati.

Memang tidak dinafikan bahawa tabiat menjaga tepi kain orang ada yang buruknya. Antara keburukannya ialah mengumpat, menfitnah, menganiaya orang lain dan sebagainya. Tetapi ada juga kebaikannya. Kebaikan yang dimaksudkan ialah dalam aspek membantu dan saling menasihati.

Sebagai contoh, sekiranya sesuatu kejadian tidak diingini berlaku dihadapan mata kita, adakah kita perlu berdiam diri sahaja? Kejadian tidak diingini yang dimaksudkan adalah seperti :





1. Penderaan kanak-kanak
2. Pergaduhan
3. Kecurian
4. Ragut
5. Perlakuan sumbang
6. Ponteng sekolah
Dan lain-lain lagi.

Namun, dalam menjaga tepi kain orang, kita perlulah memerhati situasi sesuatu keadaan. Jika kita betul-betul tidak berupaya, segeralah menelefon pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Janganlah kita hanya melihat dan berdiam diri sahaja kerana ia akan terus menggalakan kemusnahan dalam masyarakat.