Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

LAA.... DAH TAHUN BARU KE?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Dah masuk 2 haribulan baru teringat nak ucapkan Selamat Tahun Baru. So, dalam tempoh yang dah terlewat ni, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua penulis blog yang biasa bertandang ke blog aku ni. Kepada yang secara tak sengaja bertandang ke blog ini juga diucapkan Selamat Tahun Baru. 

Semoga tahun 2014 ini, kita terus memperbaiki diri untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mengejar dunia dan akhirat. :)


Monday, December 31, 2012

2013 DATANG... APA AZAM BARU?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 
Masuk tahun baru sahaja, pasti akan dikaitkan dengan azam.  Ada orang, tiap-tiap tahun pasang azam baru namun tidak dapat dicapai. Ada juga yang berjaya mencapai azamnya. Tidak kurang pula dengan mereka yang langsung tidak pernah memasang azam.
 
 
 
Begitu juga dengan saya. Tidak pernah menanam azam untuk jadi itu, jadi ini. Bagi diri saya sendiri, mungkin ia tidak berapa penting untuk menanam azam.
 
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang biasa menanam azam setiap tahun, baguslah. Paling tidak ia menjadi satu pemangkin untuk mencapai sesuatu azam.
 
Erm.. Ada sesiapa di sini memasang azam untuk dicapai pada tahun 2013? Cuba cerita sedikit apa azam kamu...
 
Ops.. Sebelum terlupa. Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang cemerlang berbanding tahun-tahun yang lepas.


Friday, November 16, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
 
Mungkin entri ini agak terlewat kerana saya pulang ke rumah emak, di rumah emak tiada talian internet, oleh itu saya tidak dapat untuk membuat entri ucapan Maal Hijrah lebih awal.
 
Namun begitu, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434 kepada semua yang mengenali diri ini terutama kepada pembaca tegar blog ini.
 
Saya mengharapkan agar pada tahun baru ini kita sama-sama dapat meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.
 
Kepada rakan-rakan penulis blog, marilah kita saling ingat-mengingati dan berkongsi akan perkara yang membawa kepada kebaikan di dunia dan di akhirat.
 
Entri Tambahan :
 
:: Kata-kata FairusMamat ::
 
 

Thursday, December 29, 2011

KATA SPONTAN NO. 1 : JANGAN MASUK TANDAS






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya saya ada terperasan dan terbaca sesuatu di MukaBuku baru-baru ini yang membuatkan saya sedikit ketawa. Tak pastilah, apa yang ditulis ini benda baru atau lama, tetapi bagi diri saya ia adalah baru.

Pernyataannya sedikit lebih kurang seperti ini :

"Untuk makluman, pada 31 Disember 2011 anda dinasihatkan agar tidak ke tandas pada pukul 11.59 malam kerana anda akan keluar semula pada tahun hadapan"

Hehehe.. Lawak ke?

Wednesday, December 21, 2011

JANGAN BERAZAM TERLALU TINGGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila hendak menghampiri tahun baru, ramai yang mula memasang azam. Ada berazam untuk mencari jodoh, ada yang mahu beli kereta atau rumah baru, berazam untuk mencari kerja yang lebih bagus dan bermacam-macam lagi. Akan tetapi apabila berazam pastikan azam itu boleh dicapai dan mengikut apa yang kita mampu.


Azam yang dapat dicapai pastinya akan mengembirakan dan memuaskan hati kita, tetapi sekiranya tidak tercapai ia mungkin akan membuatkan kita berdukacita dan sebagainya. Misalannya, apabila seseorang berazam untuk mencari jodoh, namun apabila tiada pasangan yang mahu berkahwin dengan dia, maka mungkin ia akan menerbitkan rasa kecewa.

Azam juga boleh dikaitkan dengan angan-angan atau berangan. Tapi, apabila berangan tu janganlah pula jadi seperti "angan-angan Mat Jenin". Asyik duduk berangan saja. Baru panjat pokok kelapa macam-macam yang sudah di angan-angankan. Itu belum petik lagi, baru di tengah-tengah batang kelapa. Angan-angan itu, angan-angan ini dan akhirnya terjatuh. Langsung tak dapat apa-apa. Hebat betul orang dulu-dulu, buat cerita sampai ke hari ini dapat dijadikan tauladan.

Apa yang ingin disampaikan sebenarnya ialah jangan buat azam yang kita tidak mampu membuatnya atau mencapainya. Buatlah azam yang relevan dan boleh dicapai. Tidak kisah, sesukar manapun, ia boleh dicapai. Jangan sampai pasang azam kita mati hidup semulapun kita tidak boleh capai.

Sebenar-benarnya entri ini berkait rapat dengan diri saya sendiri. Nak dijadikan cerita, tiap-tiap hari saya pulang dari kerja, apabila tiba di suatu persimpangan berlampu isyarat, biasanya akan merah di situ dan saya akan memerhatikan kereta-kereta mewah seperti Toyota Alphard dan sebagainya berdekatan kedai kereta di sebelah kanan saya. Lalu berfikir, bolehkah saya memiliki kereta itu? Segera saya sedarkan diri saya bahawa saya memang tidak layak melainkan saya ada buat kerja sampingan lain yang lebih lumayan berbanding saya sebagai kakitangan kerajaan sahaja.

Saya cuba mempositifkan lagi keadaan dengan mengatakan bahawa saya boleh memiliki kereta tersebut pada suatu hari nanti. Namun didatangi pula bisikan-bisikan yang menyatakan, suatu hari saya boleh membelinya tetapi akan menyusahkan hidup. Bak kata orang besar periuk besar lagi keraknya.

Lepas sahaja lampu isyarat menunjukan warna merah, saya terus berlalu dan angan-angan tersebut juga berlalu bagaikan angin lalu. Tidak mahu saya berazam memilik Toyota Alphard, cukuplah Toyota orang tua yang saya ada sekarang.