Showing posts with label syirik kepada Allah. Show all posts
Showing posts with label syirik kepada Allah. Show all posts

Friday, September 30, 2011

AKIBAT BERJUDI







Siapa sini suka berjudi, angkat tanggannn.... Alhamdulillah, semua tak angkat tangan, mean semua tak suka berjudi. Sebenarnya bukan apa, cuma nak kongsikan apa yang didengari semasa khutbah Jumaat sebentar tadi.

Percaya atau tidak, dari zaman persekolahan lagi kita boleh terjebak dengan judi. Mula-mula dengan permainan yang kecil seperti ting tong (teka kepala atau bunga), pekap (meneka jumlah duit di dalam tangan) dan juga baling duit (macam main guli juga). Di sini dari mula lagi kanak-kanak sekolah sudah belajar bermain judi. Mungkin bagi mereka hanya sekadar suka-suka, namun sebenarnya ia tetap judi kerana pemenang akan memperolehi duit yang diperolehinya.

Tiba di zaman remaja pula, sudah pandai bermain kad (daun terup). Macam-macam permainan dimainkan seperti 21 (black jack), pay up, race dan sebagainya. Semuanya memerlukan pertaruhan. Kalau zaman kanak-kanak hanya menang beberapa ringgit, tapi kini boleh menang beberapa ratus. Kaya ke? Kaya tak bawa ke mana-manapun.


Kini pula sudah ramai yang bermain nombor ekor. Tak kiralah magnum ke, Da Ma Cai ke dan ntah apa-apa lagi syarikat yang menjalankan aktiviti nombor ekor. Bukan setakat itu sahaja, syarikat yang tiada lesen pun berlambak.

Kalau dah ada dosa berjudi tu sudahlah, ini tidak ditambah lagi dengan dosa-dosa khurafat dan syirik kepada Allah. Bermain nombor ekor dah satu, ini ditambah pula dengan pemujaan di kubur-kubur yang dikatakan mempunyai keramat dan boleh memberikan nombor ekor. Bukan setakat pemujaan kubur saja, bermacam-macam cara lagi yang mendatangkan syirik yang dilakukan oleh kaki judi bagi mendapatkan nombor ekor.

Persoalannya sekarang, mengapa ramai masyarakat Islam suka berjudi? Bukankah sudah terang lagi nyata bahawa judi itu haram dan tergolong dalam dosa-dosa besar. bagaimana pula sekiranya hasil duit judi itu diberi makan pada anak bini di rumah. Nauzubillah... Mohon jauhkan. Takut nanti keras hati anak bini masing-masing.

Pada yang suka berjudi tu, bawa-bawalah bertaubat selagi masih ada masa untuk bertaubat. Janji Allah adalah benar. Takutlah azab Allah. Bagi sesiapa yang belum pernah berjudi tu, baguslah. Usahlah didekati judi ini kerana ianya sememang dosa besar.

Wallahuaklam.