Showing posts with label spontan. Show all posts
Showing posts with label spontan. Show all posts

Thursday, July 26, 2012

KATA SPONTAN NO 16 : BAGAIMANA PUASA SAYA???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Beginilah keadaan saya walau bukan di bulan puasa. Namun apabila bulan puasa saya juga tidak terlepas dari memandang wanita-wanita Mat Saleh yang baju terdedah di dada. Amoi-amoi dari China, Jepun dan Korea yang betis dan peha putih melepak. Bukan sengaja nak pandang, tapi terpandang.

Nak buat macam mana? Sudahnya bekerja di industri pelancongan. Kiri, kanan, atas, bawah atau mana-mana saja saya berlalu pasti akan terserempak dengan mereka-mereka ini.

Timbul persoalan di dalam batu jemala.., bagaimanakah puasa saya?

Wednesday, May 2, 2012

KATA SONTAN NO. 12 : I'M SORRY ROY HODGSON


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bola sepak England telah menerima pengurus baru iaitu Roy Hodgson. Tapi bukan itu yang saya mahu gembar gemburkan, cuma sebentar tadi, dalam berita sukan Berita Dunia di TV1 ada mengeluarkan berita mengenai Roy Hodgson di dalam satu sidang media.

Apa yang menariknya?

Muhammad Fahim : Ayah.... Mr. Bean ek?

Fairus : Eh... Tu bukan Mr.Bean.

Erm.. Sekiranya dilihat sekali pandang, rupa pengurus baru England, Roy Hodgson saling tidak tumpah seperti Mr. Bean. Maka tak mustahillah anak saya, Muhammad Fahim yang baru berusia 4 tahun mengatakan ianya Mr. Bean... :)

Saturday, April 28, 2012

KATA SPONTAN NO. 10 : SATUKAN UMMAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila berlaku huru hara di Palestin kadangkala kita akan berkata "mereka tu tidak bersatu, Hamas dan Fatah sentiasa berseteru". Apabila berlaku keganasan di Afganistan dan Pakistan, puncanya juga dari kelompok Islam yang menggelarkan diri sebagai Al-Qaeda.

Bagaimana kita di Malaysia?

Balik rumah, cuba duduk bersendirian. Muhasabah diri. Pikir dalam-dalam, apa yang kita buat ini betul atau tidak. Tindakan yang kita lakukan itu betul atau tidak.

Ayuh umat Islam Malaysia, bersatulah. Bersatulah untuk mengukuhkan Islam dari terus dilalaikan oleh Dajjal-Dajjal yang bertopengkan manusia.

Sunday, April 1, 2012

KATA SPONTAN NO. 8 : TIADA YANG INDAH MELAINKAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita manusia, hamba Allah yang hidup di dunia ini bukanlah untuk selama-lamanya. Satu hari nanti pasti akan mati. Kita tidak bawa harta benda, kebanggaan dan keegoan ke dalam kubur. Semua yang kita miliki akan ditinggalkan di bumi fana.

Jadi, apa tujuan kita hidup? Yang utama dan pastinya ialah kerana Allah Taala.

Dalam diri saya sendiri tiada yang lebih indah melainkan :

1) Membahagiakan ibu bapa.

2) Menjalankan aktiviti kekeluargaan dengan seadanya.

3) Membuat perkara yang digemari.

4) Bekerja dalam keadaan persekitaran kerja yang kondusif dan mesra.


Thursday, January 26, 2012

KATA SPONTAN NO. 3 : AAMINN KE AAAAAAAAAAAAMINN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Esok hari Jumaat kan? Jadinya pasti ramai kaum-kaum Adam akan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Dalam solat berjemaah ini, bacaan Al-Fatihah akan dibaca nyaring dan akan diakhiri ayat AMIN oleh imam dan akan disahut oleh para jemaah yang lain.

Namun, adakah ayat AMIN tersebut harus disebut AAMINN atau AAAAAAAAAAMINNNNN? Sekali saya teringat pada suatu ceramah yang saya pernah dengar dahulu yang bunyinya sedikit kurang lebih begini :

"Kebanyakan antara kita apabila bersolat jemaah di masjid akan menyahut AMIN dengan menyebut AAAAAAAAAMINNNNN. Kenapa perlu dipanjangkan ALIF itu, sedangkan panjang ALIF hanyalah 2 harkat. Sepatutnya kita hanya menyebut AAMINN."

Apa yang saya dengar, itulah saya praktikan sehingga ke hari ini. Namun sehingga kini, mana-mana masjid yang saya hadiri pastinya makmumnya akan menyahut AMIN dengan AAAAAAAAAMINNNNN. Kadangkala terfikir, adakah ustaz yang meyampaikan pesanan itu tidak sampai lagi ke masjid-masjid lain?

Thursday, January 5, 2012

KATA SPONTAN NO. 2 : SIAPA PEDULI!





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petang tadi saya ada membaca entri terbaru di blog KomenSen yang mengisahkan tentang entrinya menduduki tempat kedua dalam carian Google. Tak semenanya saya teringat kembali kata-kata penceramah dalam satu ceramah yang pernah saya dengar dahulu.

Bunyinya kira beginilah :

"Dalam dunia ini orang akan sentiasa ingat benda yang pertama iaitu yang nombor satu. Contohnya orang pertama ke bulan, dapat nombor satu dalam peperiksaan, orang pertama yang mencipta telefon dan sebagainya. Sekiranya nombor dua atau tiga dan seterusnya siapa peduli? Jadi berusahalah untuk menjadi nombor satu."

Buat pemilik KomenSen, maaflah ini bukannya berniat untuk memperkecilkan tuan. Dari berjuta carian dalam Google dan tuan yang kedua, kiranya memang hebat sudah tu.