Showing posts with label sleep paralysis. Show all posts
Showing posts with label sleep paralysis. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

DITINDIH JIN / SYAITAN SEMASA TIDUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku percaya bahawa ramai yang pernah kena tindih Jin / Syaitan semasa tidur. Begitu juga aku, beberapa kali juga aku berpengalaman ditindih semasa tidur.

Hendak dijadikan cerita, malam semalam aku kena tindih semasa tidur. Ketika itu aku tidur keseorangan di atas sofa di ruang tamu. Aku tidur pun lewat, menghampiri ke pukul 2.00 pagi baru aku tidur.

Seingat aku, aku baru saja terlelap dan telah ditindih dalam beberapa minit aku lelapkan mata. Terasa agak lama ditindih. Aku tak pasti antara aku sedar atau tidak, aku ternampak satu lembaga berpakaian serba putih menghampiri aku. Makin lama, makin dekat.

Sumber gambar : KLIK


Mulut aku terkumat-kamit untuk membaca ayat-ayat suci namun malangnya mulut aku tertutup. Terasa badan aku meronta-ronta untuk melepaskan dari terus ditindih.

Lembaga berpakaian serba putih tersebut semakin menghampiri aku. Aku terus berusaha membaca sesuatu namun tetap gagal. Dalam aku meronta-ronta tiba-tiba aku terjaga sambil menjerit "aaarrghhhhhhh....!".

Aku duduk melunjur sambil beristighfar banyak kali... Astagfirullah... Astagfirullah.. Astagfirullah... Sambil badan aku berpeluh-peluh. Kebetulan pula komputer riba berada di meja kopi berdekatan, lantas aku memainkan alunan surah Yaasin.

Termenung jugalah seketika. Sekali terfikir, adakah ia ada kaitan dengan ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang aku baru daki siang tadi? Aku pun tidak dapat pastikan. Harap-harapnya malam ini tiada lagi gangguan dalam tidur aku.

Lepas tu aku terus sambung tidur semula sendirian di ruang tamu. Nak saja tidur di dalam bilik, tapi teringatkan ada anak yang masih kecil, aku tidurlah di luar saja dulu.

Ada sesiapa yang punyai pengalaman ditindih? Jom kongsi cerita.

(Ps : Selepas tamat menulis entri ini baru terperasan sedikit maklumat pasal ditindih semasa tidur di mana ianya mungkin disebabkan SLEEP PARALYSIS <<< klik untuk membaca. Mungkin juga aku terkena SLEEP PARALYSIS kerana terlalu penat)