Showing posts with label selamat hari malaysia. Show all posts
Showing posts with label selamat hari malaysia. Show all posts

Sunday, September 17, 2023

Selamat Hari Malaysia!



Hari Malaysia adalah satu lagi hari bersejarah yang memperingati penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Ini adalah hari di mana Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung untuk membentuk sebuah negara yang kuat dan bersatu. Namun kemudian Singapura keluar dari Malaysia. 

Selama enam dekad ini, Malaysia telah mencapai banyak pencapaian besar dalam pelbagai bidang. Dari segi ekonomi, Malaysia telah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap dan peluang pekerjaan yang berkualiti.

Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian budaya, makanan yang lazat dan warisan sejarah yang kaya. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan agama menjadikan negara ini unik dalam aspek perpaduan dan keharmonian.

Selamat Hari Malaysia ke-60 tahun. Semoga Malaysia terus maju dan berjaya dalam tahun-tahun yang akan datang.

(ps. Terlewat sehari pula ucapan Selamat Hari Malaysia) 

Thursday, September 16, 2021

Selamat Hari Malaysia Ke-58 Tahun

Buat Malaysiaku tercinta. Damailah, harmonilah. kekalkan kestabilan ekonomi dan politik negara. Buat rakyat Malaysia, berhentilah berbalah-balah mengenai politik. Majukan diri, dengan hati yang tekad, bangun, bangkit, sama-sama jadikan negara yang tercinta ini kembali disegani oleh negara-negara kawan dan lawan.

Selamat Hari Malaysia untuk semua..

Monday, September 16, 2013

HASIL SENI PADA HARI MALAYSIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat nabi junjungan Nabi Muhammd S.A.W.



Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-50 kepada semua kenalan di alam maya sama ada memang biasa ke blog aku ini atau sekadar 'pemerhati' saja. Semoga Malaysia kita ini terus aman, makmur dan berjaya.

Cuti-cuti ni, tak tau nak buat apa.. Semalam sudah balik ke rumah mak, adik beradik ada bergotong royong membersihkan halaman dengan mencantas pokok-pokok dan memesin rumput. Jadinya hari yang terluang hari ni aku mencergaskan diri aku untuk melukis.

Maka terhasillah 2 buah lukisan yang tak seberapa ini :


Tajuk : Love Series
Saiz : 6 x 6 inci
Media : Akrilik


Tajuk : Love Series #2
Saiz : 6 x 6 inci
Media : Akrilik

Monday, September 10, 2012

APA ADA DENGAN HARI MALAYSIA???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1963 - 2012

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Malaysia yang ke-49. Sambutan ini diadakan untuk mengenang kembali pembentukan Persekutaun Malaysia yang telah dibuat pada 16 September 1963.

Berikut sedikit maklumat mengenai Hari Malaysia :

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

SUMBER : Jabatan Penerangan Malaysia

Marilah kita sama-sama menyambut Hari Malaysia ini dengan jiwa yang patriotik. Sama-samalah kita menjaga keharmonian antara kaum yang sedia terbina. Selain itu, marilah kita kekalkan Malaysia ini sebagai tanah tumpahnya darah kita, jangan biarkan ia dijajah sekali lagi oleh pihak asing.

Semoga Allah terus pelihara Malaysia. Insyaallah.

Monday, September 19, 2011

GAMBAR PERBARISAN MERDEKA KE-54 @ HARI MALAYSIA @ MELAKA

Selepas melihat gambar-gambar perbarisan kemerdekaan member blogger aku SAHROM, aku pun teringin nak publishkan sekali gambar kenangan aku semasa perbarisan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 di Bandar Hilir, Melaka pada 16 September 2011 yang lepas.

Gambar sebelum perbarisan sebenar. Ini sedang berlatih berkawad.

Gambar semasa raptai penuh. Lidah itu menunjukan betapa bestnya aku merasai raptai perbarisan.. :p

Bergambar dahulu sebelum memulakan perbarisan

Rumput ni lah yang kitorang pijak.. :)





Berbaris lenggang-lenggang kangkung... Ceria je dak Fairus tu.. :p

Namun bersemangat di hadapan pentas utama.. :)

Antara pasukan lain yang terlibat sama

Antara pasukan lain yang terlibat sama

Pasukan pancaragam pun terlibat sama

Friday, September 17, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA


Rasanya masih belum terlewat aku mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA kepada semua. Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan yang menyedari kepentingan menyambut Hari Malaysia dan memberikan cuti umum pada seluruh negara untuk rakyat sama-sama menyambut hari yang bersejarah ini. Walaupun pada hari tersebut aku terpaksa hadir bertugas separuh hari kerana ada program di jalankan.

Kita seharusnya bersyukur kerana dapat hidup di dalam negara yang aman dan harmoni yang diwarnai dengan pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama. Kita dapat hidup tanpa rasa gusar akan ancaman-ancaman perkauman, kita masih boleh duduk semeja, berborak, ketawa dan berbincang. Inilah indahnya Malaysia di mana ianya sukar dilihat di negara-negara lain.

Dalam hidup dalam keadaan masyarakat majmuk, sifat tolak ansur, saling memahami dan hormat menghormati adalah kunci kepada kejayaan perpaduan kaum. Sekiranya terdapat masalah, hendaklah segera diselesaikan melalui meja bulat. Berbincang menyelesaikan masalah adalah langkah terbaik daripada membuat keputusan sendiri, melulu dan melakukan kekacauan atau suasana yang tidak diingini. Negara ini telah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam konflik perkauman, tidak usahlah diulangi, tidak usahlah cabar mencabar antara satu sama lain. Tiada apa faedahnya apabila berlaku persengketaan, sebaliknya teguhkanlah perpaduan.

Kita di Malaysia ini, sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Malaysia tidak akan maju sekiranya ada mengatakan kita tidak perlukan Melayu, Cina, India, dan etnik Sabah Sarawak. Dengan perpaduan yang sedia terjalin inilah kita membawa Malaysia ke arah negara yang dinamik dan progresif menuju wawasan negara maju 2020. Kita tidak boleh nafikan ini, kerana sekarang inipun sudah terbukti kita memerlukan Melayu, Cina, India dan etnik Sabah Sarawak untuk sama-sama memajukan negara. Melayunya yang mahir dalam pengurusan, Cinanya yang mahir perniagaan, Indianya yang mahir perundangan juga etnik Sabah Sarawak yang serba berkebolehan bersama-sama bekerja keras memacu negara.

Semoga sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, semua rakyat Malaysia tak kira warna kulit dan latar belakang dapat mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin sekian lama.