Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Monday, February 7, 2011

KANAK-KANAK MATI AKIBAT AIDS. SIAPA YANG BERSALAH?

Kasihan.. Sangat kasihan. Kanak-kanak yang masih belum puas mengenal dunia, meninggal akibat perbuatan ibu bapanya sendiri. Ibu bapa yang bersalah kerana mengambil dadah mahupun seks bebas lalu terkena jangkitan HIV dan virus tersebut juga terkena kepada anaknya. Anaknya meninggal dunia diusia yang sangat muda. Siapakah yang bersalah? Adakah anak itu yang bersalah?


Kita yang sudah besar panjang ini haruslah beringat. Dadah itu musuh negara. Dadah mampu memusnahkan kehidupan manusia. Tetapi mengapakah najis dadah itu terus dijadikan tuhan? Sehinggakan kita sanggup menjadi hamba yang setia kepadanya. Sudahlah menghisap dadah, berkongsi pula jarum suntikan, akhirnya terkena AIDS. Penyakit yang belum ada ubatnya sehingga kini. Sudah tahu akibat baik buruknya, tetapi dadah tetap bermaharaja di hati. Yang menjadi mangsa, anak-anak.

Seks bebas. Satu lagi masalah zaman kini. Tak kiralah seks bebas antara lelaki dan perempuan mahupun sesama sejenis, sama-sama mendatang keruntuhan masyarakat. Dalam Islam sudah terang lagi nyata ada menyebut bahawa zina itu dosa besar dan wajib dielakkan. Tetapi kini, ia seperti satu perkara yang biasa. Dengan pelacurnya, dengan maknyah, pondan, gay dan sebagainya. Malahan yang sudah ada isteripun sanggup pergi makan luar. Sekali lagi siapa yang akan menjadi mangsa sekiranya mereka terkena AIDS? Anak-anak juga yang jadi mangsa.





Pada mereka yang bergelumang dalam najis dadah dan seks bebas, harap segeralah berhenti dan bertaubat selagi tiada jangkitan virus HIV. Jangan sudah terkena baru hendak bertaubat sedangkan penyakit tersebut telah menular dalam badan. Sungguhpun kita tidak menyayangi diri kita, tetapi sayangilah waris kita, iaitu anak-anak. Jangan kerana kita, mereka menjadi mangsa.

Friday, January 14, 2011

LAGI-LAGI CABUL, ROGOL, LIWAT

Minta maaflah kerana tajuk entry aku hari ini agak berkait rapat dengan perlakuan kelucahan melampau. Bukan mahu menceritakan tentang yang bukan-bukan, tetapi sekdar berkongsi pandangan berkenaan perlakuan yang tidak senonoh warga Malaysia yang banyak terpapar di media.

Kalau dilihat surat khabar seminggu dua ini ada saja berita-berita tentang perlakuan kelucahan melampau terpapar di dada akhbar. Yang peliknya, bukan sahaja orang dewasa yang melakukan bahkan warga emas yang dikatakan rumah kata pergi kubur kata mari juga terlibat dalam perlakuan tidak senonoh ini. Apa sudah jadi?





Lebih kasihan apabila mangsa perbuatan tidak senonoh ini turut terdiri daripada kanak-kanak malahan orang kurang upaya (OKU). Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sedemikian rupa? Lebih teruk lagi apabila anak sendiri ataupun adik beradik sendiri menjadi pemuas nafsu serakah.

Apa yang ada pada jiwa seorang pencabul, perogol dan peliwat ini? Kalau hendak dikatakan tiada isteri, ada juga dikalangan mereka sudah beristeri. Tiadakah sifat kasih sayang dan rasa belas kasihan atau rasa ragu-ragu semasa hendak melakukan aksi rakus tersebut.

Pada pandangan aku, mungkin rancangan-rancangan televisyen yang keterlaluan atau video dan gambar pornografi adalah penyebab berlakunya perlakuan seperti ini. Kehebatan perkembangan perkongsian segala maklumat tak kira baik atau buruk melalui internet juga merupakan salah satu pendorong kepada perlakuan seperti ini.

Oleh itu, pihak yang berwajib seharusnya lebih peka untuk membenteras permasalahan ini terus ke akar umbi. Pihak stesyen televisyen seharusnya menapis segala rancangannya supaya tiada rancangan berunsur seks dipaparkan dikaca televisyen. Begitu juga dengan pihak kerajaan, cuba fikirkan cara untuk menyekat segala bentuk pornografi yang terdapat di internet agar tidak dapat diakses demi untuk mengatasi masalah ini.

Satu lagi, alang-alang sudah berniat untuk melakukan kesalahan berunsur seksual, apa kata kalau pergi saja negara jiran dan langgan sahaja pelacur yang sememangnya bekerja secara profesional dalam bidang tersebut daripada memuaskan nafsu serakah kepada mereka yang tidak rela.