Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

CAMERON HIGHLANDS.. TUNGGUUUU...





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Teringat pula pada cerita KL Menjerit masa Rosyam Noor menjerit Kuala Lumpur, Tungguuuu... Masa dia berhajat ke Kuala Lumpur. Tetapi pada entri ini saya letakkan tajuk Cameron Highlands.. Tungguuu... kerana kebetulan saya baru pulang dari Cameron Highlands.

Sebenarnya saya tidaklah gemar sangat untuk bercerita tentang hal peribadi, tetapi kadangkala rasa ingin berkongsi tentang sedikit pengalaman saya di sana. Saya pergi bersama isteri dan anak dan tidak lupa juga ayah bonda dan adik beradik yang lain. Kami menyewa "apartment" memandangkan jumlah kami yang ramai.


Inilah kali kedua saya jejakkan kaki di Cameron Highlands selepas yang pertamanya saya melawat ketika rombongan sekolah semasa darjah enam. Nampaknya, agak berbeza sedikit suhunya jika dibandingkan semasa dahulu. Kalau dahulu seingat saya, apabila bercakap mulut akan "berasap" kerana sejuk, tetapi kini, tidak lagi. Bayangkan, di tengah malam sudah mulai rasa hangat. Saya yang mulanya berpakaian baju dan berselimut tebal akhirnya membuka pakaian tebal dan selimut.

Rombongan darjah 6. Penulis bercermin mata.. ;)

Kesesakan juga melampau. Saya tidak pastilah sama ada kesesakan ini terjadi semasa cuti umum atau setiap hari. Saya terperangkap beberapa kali apabila hendak ke pasar malam di situ. Terperangkap hampir 2 jam. Malam yang pertama tidak dapat pergi kerana kelewatan, keesokan harinya kami keluar awal untuk menempuh kesesakan dan akhirnya tiba juga di pasar malam tersebut.

Huh.. Memang teruk kesesakannya...

Seperti biasa, di Cameron Highlands pastinya kita akan pergi melawat ke Ladang Teh yang mana sudah memang "habitat" teh untuk hidup segar di tanah tinggi.



Selain dari melawat ladang teh, tidak lupa juga untuk melawat ke tempat penanaman bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Ingatkan dapat rasa memetik buat strawberi, tetapi malangnya tidak dapat kerana kekurangan buah. Jadi, hanya melihat-lihat saja persekitaran yang dipenuhi pelbagai bungaan dan sayuran.


Erm.. Sesiapa yang pernah pergi ke Cameron Highland tu, bolehlah berkongsi-kongsi cerita di sini. Bagi saya, ia kurang dari segi keseronokan, mungkin saya lebih terdedah dengan kesesakkan lalu lintas dan menyebabkan saya sedikit bengang, yang lain itu kira okeylah. Dapat menghirup udara segar, dapat melihat kehijauan, mendengar kicauan burung dan unggas.

Muhammad Fahim kesayangan...

Saya dan isteri...

(Ps : Nak pergi pastikan brek kereta dalam keadaan baik. Tayar juga kena pastikan dalam keadaan baik. Di sana memandu di kawasan berbukit, tayar memerlukan cengkaman yang baik)

Monday, January 17, 2011

HASIL BALIK KAMPUNG (GAMBAR)

Sayur Sawi

Sayur Salad

Pokok Misai Kucing

Jantung Orang.. Eh, Jantung Pisang

Daun Pandan Jauh ke Tengah.. Eh.. Ada ke?





Pokok Bunga Kerta A.K.A Bougainville

Bunga Buah Mangga...

Pokok Bunga apa ni ye? Lupa plak.. Harum bunganya.. :)

Ni satu lagi.. Ntah apa nama bunga ni..

Haa.. Inilah Buah Pisang.. Ada sesiapa tak tahu?

Buah Nona.. Bukan Rancangan Nona @ TV3

Buah Nenas..

Biar "Betik" Buah Betik ni.. :p

Buah Belimbing..

Buah Nangka Di Luar Pagar..

Buah Mengkudu..

Kucikucikuci.. Nilah Buah Ciku..

Inilah hasil gambar yang aku tangkap apabila balik ke rumah mak aku. Ini gambar suka-suka, bukan profesionalpun tangkap gambar.. Mana-mana jurufoto yang sudah mahir tu, jangan komen lebih-lebih erk. Kalau nak ajar aku cara-cara ambil gambar ok jugak.. :)