Showing posts with label satisfaction. Show all posts
Showing posts with label satisfaction. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

KEPUASAN

Puas rasanya .....


Apa maksud puas? Menurut Kamus Dewan versi dalam talian puas bermaksud berasa senang (kenyang, lega dan lain-lain). Dalam erti kata lain, puas ini memberikan kesenangan pada diri seseorang. Kesenangan itu juga boleh ditaksirkan kepada kesenangan yang positif mahupun yang negatif.

Contoh pertamanya ialah seseorang yang sedang sakit perut, kepuasan yang akan dikehendakinya ialah dengan dapat pergi ke bilik air dan melepaskan "hajatnya". Di sinilah datang kepuasan bagi seseorang yang sedang sakit perut.

Bagi seorang pekerja pula, kepuasan akan hadir apabila dia dapat melakukan tugasan dengan sempurna sehingga ke akhir. Dengan maksud lain, dia dapat menyiapkan tugas yang diberikan sehingga siap dengan tanpa sebarang cacat celanya.

Bagi mereka yang sedang bergaduh pula, kepuasan yang ingin dikecapi ialah dengan dapat menumbuk atau membelasah lawannya (ini kepuasan yang negatif). Apabila seseorang sedang bergaduh, dia semestinya berkeinginan besar untuk dapat menumbuk lawan, dan inilah kepuasan bagi dia.

Bagi peserta sukan, sudah tentu sekali kemenangan adalah kepuasan yang paling utama. Dengan kemenangan mereka akan berasa puas kerana berjaya mengharumkan nama negeri / negara mahupun diri mereka sendiri. Malahan kepuasan itu tidak saja dirasakan oleh para pemain, tetapi turut dirasai oleh penyokong yang menyokong mereka.

Akhir kata, diharap anda semua puas membaca entry ini... :)