Showing posts with label samsung galaxy tab. Show all posts
Showing posts with label samsung galaxy tab. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

JANGAN SELESA APABILA BERADA DI ATAS





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kita manusia hidup di dunia ini ibarat roda. Ada kalanya kita di atas dan ada kalanya kita di bawah. Jadinya, kepada sesiapa yang berasa agak selesa di atas dengan begitu lama, janganlah beranggapan mereka akan terus di atas. Agak ramai pesaing-pesaing yang sedaya upaya berusaha untuk menjatuhkan kita.

Dalam konteks ini, bukanlah bererti kita tidak boleh berada di atas. Kita boleh berada di atas, namun kita juga perlu memandang di bawah dan juga melihat kepada pesaing-pesaing kita yang senantiasa akan mengambil peluang di atas kelekaan kita untuk memotong kita yang di puncak.

Sebagai contoh, pertembungan teknologi antara Nokia dan Samsung. Kalau dahulu syarikat Nokia amat gah berada di puncak dunia dengan pelbagai keluarannya pasti dinantikan oleh pengguna, tetapi kini tidak lagi. Sekarang nama Samsung pula mendaki dengan perlahan-lahan sehingga berjaya ke puncak lalu mengalahkan pesaing-pesaingnya yang dulunya begitu hebat. Kini, Nokia kian terdesak dan telahpun mengeluarkan kenyataan akan "berperang dengan Android". Jelas di sini, kita perlu lebih berwaspada pada para pesaing kita walaupun mereka hanya bersuara dengan nada lawak.

Seperti juga negara kita Malaysia. Kita nampak seperti aman dan damai tetapi adakah kita perlu berdiam diri sahaja dengan mengecapi kedamaian ini. Walaupun kita mengecapi kedamaian, tetapi sikap berjaga-jaga tetap diperlukan. Siapa sangka negara-negara jiran kita bertukar topeng dari jiran menjadi musuh. Thailand, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara pastinya ada perisikan mereka sendiri untuk memerhatikan gerak geri kita. Oleh yang demikian, kita perlulah sentiasa berhati-hati, bersatu padu agar pihak luar tidak mendapat peluang untuk menjatuhkan kita dari segala aspek sekalipun. Pernah tak kita terfikir bahawa kita akan diserang pada hari Jumaat, kerana pada hari Jumaat kebanyakkan lelaki menunaikan solat Jumaat di masjid?

Di dalam organisasi juga, siapa yang berada di atas perlulah sentiasa bersiap untuk memajukan diri dengan memenuhkan ilmu di dada dan sentiasa peka pada perkembangan di bawah. Biasalah, apabila kita berada di atas, pasti ada usaha untuk mencantas kita dalam apa bentuk sekalipun. Mungkin dalam bentuk fitnah, membodek, secara halus mahupun secara terangan dan bermacam-macam cara lagi.

Apa yang dapat dirumuskan ialah, kita memang boleh berada di atas. Tetapi jangan sekali sekala merasa selesa apabila di atas. Kita hendaklah selalu peka atas gerakan-gerakan yang hendak menjatuhkan kita atau gerakan yang mahu menyaingi kita. Sekiranya ada persaingan, jangan pula kita bersaing secara tidak sihat. Bersainglah dengan cara yang penuh berhemah.

Tuesday, May 10, 2011

NYARIS TERBELI IPAD

Aku ni bukanlah tergila-gila sangat nak beli Ipad ni, tapi malam tadi selepas Maghrib aku bawa orang rumah dan anak aku pergi jalan-jalan survey Ipad. Niat di hati ada jugalah nak beli tapi aku duk berkira-kira juga. Berfikir juga, nak beli untuk apa? Perlu ke?

Memula aku pergi satu emporium menjual barangan elektrik dan computer gadget. Aku duk survey Apple Ipad. Memang cun. Harganya dalam RM 1700 ++ (Bukan Ipad 2). Aku dan orang rumah puas bertanya-tanya perihal gadget tu dengan jurujual yang berada di situ. Tapi malangnya jurujual tu macam tak tahu sangat pasal Ipad tersebut. Aku ni dahlah kureng sikit pasal IT ni, ditambah lagi dengan information yang diberikan tidak mencukupi dan tidak memuaskan hati aku. Last-last aku tinggalkan saja jurujual tu. Aku siap call member aku di bahagian IT untuk mendapatkan makluman lanjut pasal Ipad, tapi dia pun hanya tau sikit-sikit saja.


Apple Ipad

Kemudiannya aku pergi pula Tesco, ada ternampak Samsung Galaxy Tab. Lebih kecil dari Apple Ipad. Skrin hanya 7 inci. Menarik. Pelbagai fungsi terdapat dalam gadget ni. Boleh layari Internet dan boleh berfungsi sebagai telefon. Jurujual dia peramah, cerita macam-macam dari A - Z perihal gadget tersebut. Aku dah dapat maklumat yang mencukupi dan faham akan segala fungsinya. Macam ni lah dikatakan jurujual, tahu pasal produk. Ni tak, orang tanya tapi tak tahu. Tapi aku still sampai sekarang, berkira-kira jugak samada nak beli atau tidak. Harganya RM 1500 ++.

Samsung Galaxy Tab

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku tanya orang rumah samada nak beli Ipad ataupun lebih baik beli laptop saja. Orang rumah aku beritahu lebih baik beli laptop saja. Senang nak taip, senang nak buat kerja. Erm.. Betul jugak tu.

Semua yang membaca ni, adakah baik aku beli Ipad atau Laptop. Tolong beri cadangan pada aku yang kurang pemahaman IT ni.